HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Disember 2011

Hina Adam Adli Langkah tak Bertamadun.

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengutuk tindakan beberapa pihak yang mengecam dan membuat pelbagai ugutan jahat terhadap Adam Adli. Tindakan tersebut mencerminkan langkah tidak bertamadun dan menyanggah amalan demokrasi di Negara ini.

Walaupun menghormati pendirian dan kritikan membina, akan tetapi ianya dilihat semakin tidak terkawal setelah ada Adam mendakwa telah menerima pelbagai ugutan malah menuduh dengan pelbagai serangan moral mengaibkan beliau.

alt

SMM dalam pada itu tetap bertegas dengan pendirian sebelum ini tidak akan membuat sebarang permohonan maaf terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Badan Bukan Kerajaan yang ditubuhkan Pro Mahasiswa itu turut mendesak pihak polis mengambil langkah tegas terhadap pihak yang mengancam keselamatan Adam Adli.

Kenyataan ini dibuat setelah pihak SMM menghantar memorandum di Ibu Pejabat Dang Wangi di sini hari ini.

Isu Adam Adli menjadi perhatian setelah beliau didakwa merupakan mahasiswa yang Peserta Demo dilihat menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak di hadapan PWTC baru-baru ini.

Insiden tersebut berlaku ketika berlangsung perarakan bantahan AUKU yang melibatkan 300 Kumpulan Pro Mahasiswa menuju yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) .

Tiada ulasan: