Halaman

Isnin, 13 Februari 2012

"Bayar Balik RM250 Juta Kepada Kerajaan" - Kata Nazri Kepada Shahrizat

KELAB GREENBOC

Nazri nasihat Shahrizat bayar RM250j


KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. -SH

1 ulasan:

  1. Suruh Nazri tu declare asset dia jugak..mana boleh seorang Menteri undang-undang ambik jalan singkat mcm tu...itu menunjukkan dia terima corruption...rakyat sekarang semua kata Menteri UMNO ni corrupt...it is hightime for him to be removed from this coming election...org bodoh aje yg bagi cadangan sebegini...dia tak tahu ke rakyat dah tak suka dan tak percaya pada Sharizat lagi...dia jadi Menteri hanya untuk kaup duit rakyat!Kerajaan kene ambik tindakan tegas bukan berkompromi dengan Menteri..

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.