Sebelum aku mulakan bicara tentang kuil Seksyen 19,Shah Alam yang baru berpindah ni...aku nak tanya korang sikit...Kalau tak ingat..
Masih ingat tak lagi kes pijak kepala lembu di hadapan SUK oleh UMNO Selangor..?
Kalau tak ingat.. aku kasi gambar sikit sebagai pembuka bicara dan sebagai ingatan kita kepada kebodohan UMNO tentang isu kuil ini...
OK..
Kuil yang isu pemindahannya menjadi kontroversi dan menggemparkan negara apabila parti perkauman UMNO,bertindak menghina agama Hindu dengan memijak kepala lembu dihadapan SUK...
Walhalnya penduduk di Seksyen 19 Shah Alam ni sudah lama memohon kepada kerajaan negeri terdahulu iaitu UMNO supaya memindahkan kuil tersebut (di Seksyen 19) yang terlalu hampir dengan rumah penduduk,iaitu terletak betul-betul dihadapan rumah...
Keluhan penduduk ialah apabila ada ucara atau perayaan di kuil tersebut,tempat menjadi sangat sesak, banyak kereta diletakkan di tepi jalan ekoran tiadanya kawasan yang sesuai untuk meletakkan kenderaan berhampiran kuil tersebut..
Namun... kerajaan UMNO seakan-akan memandang sepi keluhan penduduk Seksyen 19 Shah Alam,apabila tidak berusaha untuk memindahkan kuil tersebut...
Dan pada tahun 2009...(selepas 21 tahun..) setahun selepas PR memerintah Selangor..
keluhan dan permohonan penduduk seksyen 19 mula disusuli dengan tindakan dan usaha memindahkan kuil tersebut ke satu tempat lain...di Seksyen 23 Shah Alam...
Namun ianya mendapat bantahan UMNO Seksyen 23 dengan siap berarak ke SUK dengn membawa kepala lembu dan juga turut memijak kepala lembu tersebut sebagai lambang penghinaan mereka terhadap agama Hindu.... lihat gambar-gambar ini...
Ok...dah tengok aksi bodoh tersebut...? tu dilakukan oleh parti perkauman tu... UMNO ler.. siapa lagi...
![]() |
Selayang pun datang..? ni masalah seksyen 23 ke masalah selayang..? |
Yang ni pulak UMNO Seksyen 23...
Itulah UMNO... takde kerja lain selain memainkan api perkauman,isu seks dan fitnah yang berpanjangan sepanjang zaman... seolah-olah bagi mereka,tiada lagi hari esok untuk membuat dosa... sepatutnya mereka bekerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana masalah itu adalah masalah "tinggalan" UMNO sejak berpuluh tahun lalu...
KINI....ni yang aku nak story kan tu...
Selepas 4 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor ini.. kuil di seksyen 19 yang di pohon oleh penduduk supaya dipindahkan...
TELAH PUN BERPINDAH...
Dan sudah tentulah pemindahan ini dipersetujui oleh pihak kuil selepas perbincangan dengan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat..
Malah... kuil tersebut juga telah pun dirobohkan baru-baru ini dengan kerjasama pihak kuil di Seksyen 19 tersebut.
Gambar kuil tu sebelum dirobohkan..
Dan ini pulak.. gambar selepas ianya dirobohkan..
![]() |
kawasan ini akan didirikan rumah 2 tingkat yang tertangguh berpuluh tahun. |
Maka.. selepas 24 tahun.... (1988 - 2012) Selesailah sudah masalah yang tidak berjaya ditangani oleh kerajaan UMNO selama ini...
Kena Pakatan Rakyat jugak yang boleh menyelesaikan masalah sensitif macam ni...
UMNO GAGAL..!!!Pindah ke Kuil baru.
Penempatan kuil baru tersebut adalah di Seksyen 23,satu kawasan yang jauh dari perumahan dan berada di laluan utama menuju ke Seksyen 25,Shah Alam..
Kuil tersebut masih belum siap sepenuhnya....masih diperingkat akhir sebelum ianya boleh digunakan sepenuhnya..
![]() |
tarikh gambar : 10 February 2012 |
UMNO apa pun tak boleh... zaman UMNO...surau pun ditutup..masjid pun diroboh...apatah lagi kuil...












Kuil itu sudah beberapa kali diarahkan pindah kerana tapak itu adalah untuk rumah teres 16 unit. Semua setinggan yang menggunakan kuil itu dipindahkan pada tahun 2005. Kebanyakan pengunjung kuil selepas itu datang dari kawasan lain. Dalam kes kuil itu penduduk melihat kaum Hindu bersatu hati. Walaupun kuil itu hanya kuil haram komuniti dan pemimpin mereka tetap pertahankan. Bila hendak di pindahkan pelbagai tuntutan dibuat, mereka minta ganti tapak baru yang lebih luas. Pada tahun 2006 penduduk melihat kawasan kuil yang diubahsuai di kepung penguatkuasa MBSA selepas penduduk buat bantahan kerana mereka besarkan kuil tanpa permit PBT. Tetapi selepas campur tangan pemimpin atasan MIC kawasan yang dikepung dibuka dan kerja ubahsuai disambung lagi. Penduduk buat aduan kepada Sultan Selangor, Biro Pengaduan JPM dan BPR. MBSA maklumkan pada 29/12/2007 kuil pindah ke Seksyen 22. Tetapi selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan kuil dibatalkan alasan jauh dikawasan kilang. Gangguan selepas itu semakin teruk aduan demi aduan tiada tindakan. Ketika keadaan jadi kronik penduduk minta bantuan NGO. Pada Dis 2008 ubahsuai besarkan kuil dibuat lagi. Pada 8/1/2009 Khalid Samad serang NGO tuduh mereka gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu.Kenapa bela Hindu kuil? (Semak 8/1/09 - minaq jinggo AP Shah Alam pertahan kuil. NGO bina gelanggang utk elakkan lebih banyak kawasan diceroboh. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Mei 2009 kuil diluluskan pindah ke Sek 23. Penduduk Taman Ixora bantah kuil hindu dibina atas tapak satu ekar berhampiran kawasan mereka. Tetapi bantahan tidak dipedulikan. Bila kepala lembu diusung ramai melenting konon hina agama Hindu. Kenapa ada sikap double std dalam isu ini?.Bila Hindu buat perarakan bergendang bawa patung besar depan rumah penduduk Islam pada malam 26/7/2008 kenapa tidak ada tindakan segera? Mereka ugut bunuh bila penduduk tegur bising. Kenapa dalam isu kuil hanya penduduk Islam sahaja yang dipersalahkan?. Kenapa kerajaan Selangor keluarkan risalah "Memahami isu pemindahan kuil dari Sek 19 ke Sek 23" yang menyokong pihak kuil yang buat provokasi kepada penduduk Sek 19?.Pemimpin politik terlalu menjaga hati bangsa lain tetapi dalam masa sama mengabaikan sensitiviti masyarakat Islam.
BalasPadam