Halaman

Ahad, 12 Februari 2012

Siapa bohong? Petra atau Suhaimi?

Oleh: MSK

Raja Petra telah pun membentangkan kertas pertuduhannya dalam bahasa Inggeris. Untuk memudahkan para hakim diluar sana yang tak faham bahasa Inggeris, aku terjemahkan. Tapi kalau ada keraguan, kena rujuk teks asal dalam bahasa Inggeris sebab aku terjemah secara bebas.

Suhaimi juga telah membentangkan hujah balasnya dalam bahasa Melayu. Yang ni tak payah la aku terjemahkan dalam bahasa Inggeris pulak.

Sebelum itu, hangpa kena copy hujah kedua-dua belah pihak..mana tau nanti depa ubah pulak. Kot-kot Raja Petra modify artikel dia. Mana tau jugak..kot-kot Suhaimi nanti kata reporter tersalah lapor. Kita semua jadi hakim…tak boleh la sorang saja jadi hakim. Itu mahkamah Umno. Kita buat mahkamah rakyat.

Aku tulis apa yang aku paham…hangpa tulis apa yang hangpa paham. Hangpa jangan kata aku salah..dan aku pun tak boleh kata hangpa salah. Sebab dalam mahkamah Rayuan pun bukan semua hakim sependapat.

Kita pakai kertas pertuduhan Raja Petra sebagai rujukan dan kita tengok apa hujah balas yang dibuat oleh Suhaimi. Kertas pertuduhan Raja Petra kita ambil dari Malaysia Today disini, manakala hujah balas Suhaimi kita ambil dari blog Jalan Pulang. Aku ambil dari blog Jalan Pulang sebab tajuknya sensasi. Terkini!! Skandal Pasir Selangor. Bukti Raja Petra berbohong!!

Sebelum kita membuat keputusan sama ada Suhaimi bersalah ataupun Raja Petra berbohong..beberapa persoalan perlu dijawab…kerana Suhaimi bukan saja menjawab Raja Petra..tapi dia juga membuat pertuduhan balas.

Yang dalam tulisan italics ada lah hujah Suhaimi.

Artikel beliau itu ditulis secara berhati-hati untuk memberi gambaran seperti berikut:

1.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari menubuhkan sebuah syarikat; atau terbabit dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan tujuan mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara tidak sah;

Aku tak jumpa tulisan Petra yang mengatakan Suhaimi dan Amir menubuhkan syarikat untuk mendapat kerja-kerja secara TIDAK SAH. Sebaliknya, Petra mengemukan bukti permohonan secara sah. (rujuk gambar 1.) Suhaimi juga tidak mengatakan dia tidak terlibat dengan Double Dignity, sebaliknya mengesahkan penglibatan mereka berdua dalam Double Dignity. (gambar 2). Aku rasa, bukti kedua ini akan menjerat Suhaimi dan Amir. Tapi jangan buat keputusan dulu.

2.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah ahli politik yang makan rasuah dengan menuntut pelbagai bayaran dari Double Dignity (M) Sdn Bhd;

Yang ini kita tengok dulu. Adakah bayaran yang dituntut oleh Suhaimi itu sah atau tidak.

3.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah dalang aktiviti kecurian pasir yang berlaku di Selangor pada ketika itu.

Suhaimi kena buktikan ini sebab aku tak nampak Petra membuat tuduhan bahawa mereka berdua adalah dalang aktiviti kecurian pasir. Ada sapa-sapa boleh tolong buktikan?

Dalam perenggan pertama ini, aku tak nampak Petra berbohong. Tapi Suhaimi pulak kena buktikan apa yang dia tuduh terhadap Petra.

LATAR BELAKANG DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Saya mengenali En Adnan iaitu tuan punya Double Dignity (M) Sdn Bhd melalui seorang kenalan. Kenalan tersebut mohon berjumpa dengan saya untuk memperkenalkan En Adnan kepada saya dalam bulan Januari 2009.

•En Adnan memperkenalkan Double Dignity (M) Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah.

Yang ini pelik sikit. Kalau aku jadi pengerusi Double Dignity…aku pun tak mau ambil dua orang ni. Nak buat apa? Nak bagi depa elaun free buat apa? Bukan ada kena mengena dengan depa dua orang ni. Aku nak buat projek kat Sabah..ambil ADUN Pakatan dari Selangor buat apa? Lebih baik aku ambik Bung Mokhtar jadi pengarah.

•Saya menjelaskan secara tegas kepada beliau bahawa saya tidak punya kuasa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Kerajaan Negeri di Selangor.

Yang ni lagi pelik. Kalau Double Dignity tak buat apa-apa projek kat Selangor..peduli apa aku kalau hang ada kuasa atu tidak dalam Kerajaan Selangor.

•En Adnan memaklumkan bahawa Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak mempunyai rancangan untuk menjalankan aktiviti di Selangor dan mahu menumpukan aktiviti perladangannya di Sabah.

Tu dia…kan aku dah kata. Kalau tak ada rancangan nak buat aktiviti kat Selangor..aku peduli apa hang ada kuasa atau tidak. Realitinya..aku tak perlukan hang pun.

•Selepas pertemuan awal itu, saya tidaklah selalu berjumpa En Adnan seperti yang cuba digambarkan oleh Raja Petra Kamaruddin dan sebarang pertemuan adalah dalam tugasan saya sebagai wakil rakyat.

Petra pun tak cakap hang selalu jumpa dia. apa yang dia sebutkan hanyalah perjumpaan yang berkaitan dengan kes ini. Dia tak cerita pun hang pi karaoke ataupun pi dangdut.

LANTIKAN KE LEMBAGA PENGARAH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Menjelang Mei 2009, En Adnan menyatakan hasrat beliau untuk menjemput saya menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. Beliau menyebut bahawa syarikat tersebut berhasrat untuk membayar elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan sebagai permulaan.

Petra kata, kontraktor pasir berjumpa dengan Suhaimi pada 23 Mei 2009 untuk membincangkan tentang projek pasir. Suhaimi kata, Adnan berjumpa untuk menawarkan jawatan pengarah dalam Double Dignity. Suhaimi tidak menafikan perjumpaan itu untuk membincangkan projek pasir. Petra kata hangpa jumpa di Seberang Perai. Pasai apa jauh sangat? Pasai apa tak jumpa di Kelang saja?

•Berikutan dari tawaran tersebut, saya ada meminta pegawai saya dan kenalan untuk menyemak latar belakang En Adnan, termasuklah memastikan bahawa beliau dan isteri beliau benar-benar duduk serumah untuk mengelakkan perangkap seperti yang berlaku di Perak.

Ok…ini cuma maklumat tambahan.

•Semakan awal pegawai dan kenalan saya menunjukkan bahawa En Adnan dan isterinya serta seorang lagi rakannya adalah individu yang sah dan syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd benar-benar wujud. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat ini adalah anak saudara kepada seorang Wakil Rakyat dari UMNO.

Yang ini juga maklumat tambahan yang tidak diminta.

•Oleh kerana bersangka baik dan hubungan atas dasar profesionalisme perniagaan, saya memberikan persetujuan untuk dilantik ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd bermula bulan Jun 2009. Saya telah menyerahkan dokumen dan maklumat yang dimohon untuk menyempurnakan perlantikan tersebut dalam bulan Jun 2009.

Yang ini aku blur sikit. Apa yang dimaksudkan dengan professionalisme perniagaan? Apa tujuan En. Adnan menawarkan jawatan pengarah kepada Suhaimi?

Ketiga-tiga perenggan terakhir diatas tak ada kena mengena dengan tuduhan Raja Petra. Hanya maklumat sukarela yang diberikan oleh Suhaimi.
•Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bahawa perlantikan saya ke Lembaga Pengarahnya hanya disempurnakan pada 18 Januari 2010 seperti yang ditunjukkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia; bertepatan dengan tarikh 18 Januari 2010 dalam satu surat sokongan yang disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin.

Macam mana hang jadi Pengarah syarikat kalau tarikh perlantikan pun tak tau? Hang terima elaun saja tapi tak check sama ada hang betui-betui pengarah atau tidak.

•Gambaran yang cuba diberikan seolah-olah perlantikan saya ke Lembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah berniat jahat dan tidak tepat, kerana perlantikannya saya dibuat lebih awal.

Alasan ini aku tak boleh terima. Aku kena tengok bukti. Bukti menunjukkan hang jadi pengarah bermula pada tarikh 18 Januari 2010. Apa bukti yang menunjukkan hang dilantik jadi pengarah lebih awal? Ada tulih kat buku tiga lima ka?
•Menjelang September 2009, En Adnan menawarkan satu lagi jawatan ahli Lembaga Pengarah dan memohon bantuan saya mengenalpasti calon-calon yang bersesuaian.

Aku tak pasti sama ada En. Adnan ni baik hati atau bodoh piang. Bagi free saja jawatan pengarah dengan elaun? Pasai apa dia bagi kat ADUN yang dah ada elaun? Bagi kat aku yang tak dak kerja lagi baguih.

•Saya memperkenalkan YB Amiruddin Shari dan selepas beberapa kali perbincangan, YB Amiruddin Shari bersetuju untuk turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Amir pun setuju pasai apa? Pasai nak elaun free jugak ka?

•Segala butiran yang diperlukan untuk menyempurnakan perlantikan YB Amiruddin Shari diberikan kepada Double Dignity (M) Sdn Bhd dalam bulan September 2009.

So…dalam masa ini Amir pun belum jadi Pengarah lagi la? Baru nak dimasukkan kedalam senarai Pengarah syarikat!! Bila pulak Suhaimi jadi Pengarah?

Seterusnya beliau cuba bermain kata-kata dengan menyebut bahawa pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah menghantar permohonan tersebut dan menyalinkannya kepada saya dan YB Amiruddin.

rujuk gambar 1 sekali lagi. Ia disokong oleh Amir. Apakah surat yang dikepilkan ini palsu?

•Raja Petra juga menyebut bagaimana permohonan itu disertakan dengan surat sokongan dari YB Amiruddin Shari.

Apa yang Petra tulis ialah..”On 18th January 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd, submitted an application to mine sand in Dengkil (Sepang, Selangor), an area of 45 acres. The letter was copied to Mat Suhaimi and Amirudin Shari. Amirudin Shari supported the application and signed the ‘letter of support’. (See the letter below).

Dari apa yang aku faham, ‘letter of support’ yang dimaksudkan oleh Petra adalah surat yang dibawah. (gambar 1)

•Rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd menunjukkan bahawa:

1. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah pun berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sehingga ke hari ini (hanya syarikat yang berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang layak membuat sebarang permohonan);

Aku boleh terima penjelasan Suhaimi. Tapi Petra pun tak kata Double Dignity pernah berdaftar. Ada sapa-sapa jumpa?

2. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk apa-apa kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd; dan

Habih..surat yang dibawah ni surat apa? Betul la..aku tak nampak permohonan itu dibuat kepada KSSB…tapi pasai apa Adnan ni bodoh sangat pi minta kat Amir Sari. Dan Amir pulak..pi sokong pasai apa? Surat ni kemudian lepas kemana?
3. Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah diberikan apa-apa kerja pembersihan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Aku boleh terima alasan ini. Kalau dapat..Double Dignity pun diam tak cakap apa. Bila tak dapat…duit dah habih..tu pasai dia bising. Aku pun serupa..kalau duit dah habih puluh atau ratus ribu…tapi projek tak dapat…aku pun hangin.

Maknanya, Raja Petra mereka-reka cerita dengan berniat buruk dan memberi gambaran bahawa penglibatan saya dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah bagi tujuan mendapatkan kontrak pembersihan pasir, sedangkan syarikat terbabit tidak pernah sekalipun terlibat dalam sebarang urusan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mahupun permohonan mencuci pasir di Selangor.

Tak patut betui Petra ni. Tapi ..oleh kerana Suhaimi dah sebut nama En. Adnan…macam mana kalau kita panggil En. Adnan untuk di soalbalas. Petra kata Suhaimi terlibat untuk mendapatkan kontrak pasir. Suhaimi pulak kata tidak. Kena tanya En. Adnan la…sebab dia yang terlibat.

Mahkamah berehat sebentar…..

Gambar 1

Gambar 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.