ANTARA POS.COM
GUA MUSANG : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memilih untuk mendiamkan diri bersabit apa jua dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah sehinggalah Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum akan datang.
" Hasrat saya untuk perjelaskan kepada rakyat apa yang saya lakukan sebaik Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum Ke-13,"katanya.
Beliau berucap demikian di Pejabat PKR Dewan Undangan Negeri Paloh, di Bandar Chiku, petang semalam.
Mutakhir ini Anwar dilanda satu lagi kontroversi apabila Senator Dewan Negara, Datuk S Nallakaruppan mendakwa beliau seorang biseksual.
Malah Nalla baru-baru ini mendakwa Anwar mempunyau hubungan sulit dengan isteri kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
"Ya. Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar," katanya pada sidang media 28 Mac lalu.
Ketua Umum PKR itu baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Nalla yang merupakan bekas rakan karibnya dan Utusan Malaysia yang menyiarkan dakwaan itu.
Saman berkenaan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.