Halaman

Ahad, 1 April 2012

Saya sedia beri kerjasama - Rafizi Ramli

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli sedia memberi kerjasama kepada polis mengenai isu membabitkan National Feedlot Corporation (NFCorp) bagi memastikan penyelewengan dibongkar.
"Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar hari ini bagi mengulas laporan polis yang dibuat oleh NFCorp terhadap beliau, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana didakwa membocorkan rahsia dokumen bank syarikat itu.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Dang Wangi, semalam.

Rafizi berkata, beliau menghormati hak NFCorp dan pengurusan kanan organisasi terbabit yang menggunakan undang-undang untuk mendakwa mereka.

"Saya juga boleh mengesahkan bahawa laporan polis oleh NFCorp ini tidak sedikit pun mengganggu perancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya.

Namun, dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan NFCorp supaya tidak cuba menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pemimpin dan golongan elit.

Rafizi, Nurul dan Zuraida boleh didakwa mengikutu jadual empat, seksyen 103 Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.