Salhan K Ahmad
Setiausaha
Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram
mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah
Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.
"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.
"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau mengulas tindakan Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi dalam inkuiri berkenaan.
Suaram
bertindak demikian dengan alasan bahawa perdana menteri itu merupakan
menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut
sebelum ini.
Dalam pada itu, Tengku Adnan juga berkata beliau sedia
mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pemerhati pilihan raya luar
negara, susulan daripada jemputan oleh ketua pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau tetap tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang menjemput kumpulan pemerhati berkenaan.
"(Pemerhati) sepatutnya datang melalui SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Saya akan jelaskan kepada mereka," katanya.
Tengku Adnan berkata, jemputan itu dibuat Anwar melalui satu surat kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan