LAPORAN PSC Jawatankuasa pilihan khas (PSC) bagi penambahbaikan sistem pilihan raya bersetuju perlunya garis panduan jelas berhubung peranan kerajaan sementara ketika parlimen dibubarkan.
Sehubungan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberi tiga bulan daripada hari ini untuk menghasilkan garis panduan dan tatakelakuan untuk kerajaan sementara di peringkat pusat dan negeri.
Panel dwipartisan itu juga mencadangkan undang-undang digubal untuk menetapkan Parlimen hanya boleh dibubar apabila memasuki tahun keempat daripada tempoh lima tahun.
Perkara itu, dijelaskan, bagi membolehkan semua pihak terlibat bersedia untuk pilihan raya umum.
Sekarang ini, perdana menteri diberi penuh kebebasan untuk menetapkan tarikh pembubaran parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.