KUALA TERENGGANU – Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) memberikan masa seminggu kepada pihak Yayasan Terengganu (YT) dan Kerajaan Negeri Terengganu mengembalikan semula pinjaman yang telah ditarik oleh YT kepada sembilan orang mahasiswa yang belajar di Mesir.
Presidennya Muhammad Syahmi Hazim Mohd Isnin memberi amaran, GEMPUR akan bersolidariti menghimpunkan seluruh ‘front’ mahasiswa dari seluruh negara, sekiranya YT dan kerajaan negeri Terengganu ‘berdegil’ tidak mahu mengembalikan pinjaman tersebut.
“Kami menghantar (memorandum) atas tanda bahawa sahabat-sahabat kami di Mesir sudah ditarik pinjaman, kami tahu sahabat-sahabat kami susah, mereka membuka tabung-tabung untuk membantu (mahsiswa yang ditarik balik pinjaman)
“berdasarkan undang-undang tertinggi kami merasakan mereka tidak melakukan kesalahan kerana perkara 10 perlembagaan Malaysia semua rakyat berhak untuk berhimpun dan menyatakan ekspresi,”ujarnya
Beliau berkata demikian kepada pihak media selpas menyerahkan Memorandum Empat Perkara kepada Haji Razali Mahmud Timbalan Pengarah Pendidikan YT yang mewakili pihak Pengarah.
Menurut Haji Razali, Pengarah YT Haji Zakaria Yusof tidak dapat hadir kerana beliau sedang bercuti.
Sehubungan itu, Muhammad Syahmi Hazim berharap YT mengambil tindakan dalam masa seminggu sebagaimana tempoh yang diberikan.
Beliau mempersoalkan atas dasar apakah sebenarnya kerajaan negeri Terengganu menarik balik pinjaman tersebut sedangkan mahasiswa di luar negra tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
“kami merasakan (tindakan) ini adalah bentuk kezaliman yang telah dilakukan kepada rakyat atau pun mahasiswa di luar Negara, (mereka) tidak ada dikenakan akta university dan kolej universiti,
“jadi mengapa kerajaan Terengganu sendiri mendesak untuk membatalkan pinjaman mereka….. atas dasar apa? Adakah (kerana) surat tunjuk sebab yang tidak memuaskan hati Yayasan Terengganu?,”soal Muhammad.
Menurutnya empat tuntutan dalam memorandum tersebut adalah mendesak YT menarik balik penamatan pinjaman, meminta YT lebih professional dalam menentukan keputusan kepada mahasiswa dan rakyat, meminta YT lebih mendengar kepada suara mahasiswa sebelum mengambil keputusan dan memberikan YT tempoh masa seminggu bagi menentukan keputusan menarik balik penamatan pinjaman.
“Kami tidak takut dan tidak gentar untuk bersolidariti dengan mahasiswa seluruh Malaysia untuk turun bersama menyatakan tidak puas hati terhadap keputusan YT jika mereka tetap pendirian untuk menamatkan pinjaman kepada Sembilan mahasiswa ini,”tegasnya.
Seramai 17 orang mahasiswa yang mewakili semua ‘front’ mahasiswa di Pantai Timur telah hadir dalam penyerahan Memorandum pada Ahad 1 April sekitar jam 2 petang dibangunan YT disini.
Muhammad Syahmi menambah, isu penamatan pinjaman mahasiswa tersebut bukan hanya isu mahaiswa di Mesir tetapi ia adalah isu rakyat Terengganu kerana katanya duit YT adalah duit rakyat.
Beliau juga memaklumkan GEMPUR bersama Solidariti Mahasiswa se Malaysia mendesak penghapusan PTPTN dan perjuangan menuntut pendidikan percuma kepada semua rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan