JASIN DAILY ONLINE
Kumpulan
Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU)
ke-13 sebagai 'melucukan'.
Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar
berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi
kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan
penyokong yang berkempen.
Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam
apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.
"Kartun
adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan
mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan
secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak
melarangnya.
"Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu
peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling
melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar
seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang
penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
Menurut
Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan
tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur.
Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya
akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.
"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak
secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen
PRU.
"Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah
sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scrpene, NFC, isteri Perdana Menteri,
dan lain-lain," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan