JASIN DAILY ONLINE
Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri membakulsampahkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Menurut Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), hiburan dengan wanita separuh bogel dalam acara perhimpunan tersebut adalah lambang kebudayaan di Negara ini yang telah mengganti nilai agama dan moral yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. "Jelas yang berlaku adalah suatu penghinaan kepada kebudayaan negara dan Perdana Menteri menjadi Ketua Liberalis Malaysia bila membenarkan budaya lucah dipentaskan bersama kehadiran beliau.

"Jika
ada pihak yang mengangkat isu wujudnya gerakan liberal di negara ini,
maka kami berpendapat Perdana Menteri membayangkan bahawa beliau adalah
ketua kepada budaya dan pemikiran liberal di Malaysia," kata
setiausahanya Mohd Azmi Abdul Hamid.
Mapim katanya, kesal dan mengutuk budaya liberal yang diterjemahkan
dalam bentuk acara hiburan yang sangat anti akhlaq yang disahkan oleh
perdana menteri bersama penari separuh bogel dalam perhimpunan tersebut.
Menurut Azmi, dengan membenarkan wanita berpakaian tidak senonoh
mengadakan pementasan yang direstu oleh Perdana Menteri dan Menteri yang
berkenaan, manakala Menteri Agama di JPM serta para Mufti tidak pula
bersuara, mengesahkan aliran liberalisme dan pluralisme sebagai budaya
dan aliran pemikiran yang dibenarkan oleh konsep wassatiyah yang ditaja
oleh PM.
"Asalkan
dapat dihimpunkan belia dan mengujudkan suasana serba bebas dan tidak
menghormati kebudayaan kebangsaan, PM sanggup mengadai akhlak generasi
muda hanya untuk berpropaganda untuk PRU 13," katanya lagi.
Beliau juga mendakwa progran itu sebenarnya memperalatkan belia dengan
memancing mereka berhimpun dengan acara hiburan liar dan cara itu sudah
lama diguna oleh pihak kerajaan.
"Di satu hal budaya politik samseng dibiarkan berleluasa , ditambah lagi
hiburan liar juga diguna untuk melekakan belia dari berfikir mengenai
pelbagai isu Negara yang akan menentukan nasib dan masa depan agama dan
bangsa.
"Mapim
tidak dapat menerima pendekatan yang diguna oleh kerajaan yang mengguna
peruntukkan dari wang rakyat dengan memaparkan budaya liar dan tidak
senonoh," katanya.
Sehubungan itu, mapim menuntut Kementerian Belia dan Sukan mendedahkan
berapa jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk perhimpunan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan