HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Jun 2012

Pakatan tak puas hati layanan pada program MB



 
Matahari membakar dan perasaan tidak selesa dirasai oleh orang ramai yang hadir ke program pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini.

Ketika Khalid, yang juga anggota parlimen Bandar Tun Razak, memberikan bantuan kepada 120 warga emas di Kampung Muhibah, kumpulan itu terpaksa duduk di lantai ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran untuk acara itu.

Ketika dihubungi, pegawai Parlimen kawasan itu Azman Abidin berkata, kerjaan negeri cuba mendirikan khemah dan menyusun meja dan kerusi tetapi dihentikan DBKL.

"Kita cuba letakkan kerusi sejak semalam kerana mengambil kira orang-orang tua, tetapi BKL kepung dan tidak benarkannya," dakwa Azman.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai pilih bulu kerana program Umno tidak mendapat layanan serupa, seperti berlaku di rumah kos rendah Projek Perumahan Rakyat kelolaan DBKL.

Tiada ulasan: