MALAYSIA KINI
Ketika Khalid, yang juga anggota parlimen Bandar Tun Razak, memberikan bantuan kepada 120 warga emas di Kampung Muhibah, kumpulan itu terpaksa duduk di lantai ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran untuk acara itu.
Ketika dihubungi, pegawai Parlimen kawasan itu Azman Abidin berkata, kerjaan negeri cuba mendirikan khemah dan menyusun meja dan kerusi tetapi dihentikan DBKL.
"Kita cuba letakkan kerusi sejak semalam kerana mengambil kira orang-orang tua, tetapi BKL kepung dan tidak benarkannya," dakwa Azman.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai pilih bulu kerana program Umno tidak mendapat layanan serupa, seperti berlaku di rumah kos rendah Projek Perumahan Rakyat kelolaan DBKL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.