MALAYSIA KINI
PKR
mempersoalkan sekiranya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) melepaskan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
daripada tuduhan rasuah hari ini akan menyebabkan perdana menteri
berdepan tuduhan pecah amanah.Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli serta ketua sayap wanitanya Zuraida Kamarudin menimbulkan persoalan itu dengan mengaitkan penglibatan Najib selaku pengerusi jawatankuasa tender yang menganugerahkan projek tersebut kepada National Feedlot Corporation (NFC).
Menurut mereka, tindakan menganugerahkan tender kepada syarikat yang tidak berkemampuan merupakan tindakan rasuah, mengikut peraturan umum peroleh dan tender untuk projek besar kerajaan seperti NFC.
"Ini bermakna, Jawatankuasa Tender Berimpak Tinggi yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri melakukan perbuatan rasuah dengan menganugerahkan projek bernilai RM250 juta kepada NFC yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikannya.
"Satu-satunya hubungkait (atau pertalian) di antara Datuk Seri Najib Tun Razak (sebagai pengerusi jawatankuasa tender) dan NFC adalah Datuk Seri Shahrizat Jalil melalui hubungan kekeluargaan beliau (dengan NFC) dan hubungan politik (dengan Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.
Kenyataan itu bagi mengulas keputusan Panel Penilaian Operasi SPRM hari ini yang mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek tersebut dan juga pinjaman RM250 juta.
Dalam kenyataan sama, pemimpin PKR itu turut menyatakan kekesalan atas tindakan SPRM membuka siasatan ke atas timbalan presiden parti itu, Azmin Ali untuk satu kes yang disiasat sejak tahun 1995.
"Sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin Ali benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.
"Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin Ali walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah pada ketika itu telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.