Halaman

Isnin, 23 Julai 2012

BN cuba rampas kemerdekaan rakyat

Oleh Aliff Fikri


KUALA LUMPUR : Pemilihan tema ’1Malaysia Janji Ditepati’ membuktikan Kerajaan Persekutuan Umno Barisan Nasional (BN) memanipulasi sambutan kemerdekaan ke-55 pada tahun ini bagi menyampaikan agenda politik mereka, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

“Tema ini tidak bersesuaian dengan semangat kemerdekaan, Umno BN jelas sekali mengambil kesempatan melalui Hari Kemerdekaan untuk dijadikan alat propaganda dan menagih undi rakyat daripada menghayati nilai sebenar sebuah kemerdekaan.

“Dari sini, kita boleh lihat sifat pimpinan Umno BN yang sanggup menjadikan hari penting negara sebagai tunggangan untuk mereka memperluas kempen.

“Merdeka sebenarnya adalah milik rakyat bukannya milik Umno BN,” tegas Yusmadi.

Beliau juga bersetuju dengan gesaan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyeru negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat supaya tidak menggunakan tema tersebut.

“Saya sangat bersetuju dengan gesaan dari Datuk Mahfuz, kerana tema yang diumum Kerajaan Persekutuan ini tidak mengambarkan realiti sebenar 55 tahun kemerdekaan negara.

“Kita perlukan satu tema yang menggambarkan cabaran yang dihadapi oleh rakyat dalam menegakkan demokrasi tulen untuk negara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini mengakui tema Hari Merdeka tahun ini sememangnya slogan untuk kempen pilihan raya dan menyatakan tidak ada salahnya menggunakan tema tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.