KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merancang membuat tangkapan awam terhadap warganegara asing dan agen tempatan yang cuba mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.Bercakap dalam kenyataan, NGO itu berkata, membenarkan warga asing menentu hala tuju negara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai.
“Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakan.
“(Justeru) SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakan ‘hotspot’ pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan Parlimen seluruh negara,” kata NGO itu lagi.
Menurut kenyataan itu, resolusi berkenaan diperoleh hasil Rapat Kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.