Halaman

Rabu, 4 Julai 2012

Parti politik Islam tolak perpaduan

 
Parti itu lebih suka kepada yang anti Islam, kata tokoh akademik tempatan. 




PETALING JAYA: Umat Islam tidak bersatu kerana parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam tidak suka kepada perpaduan, kata pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak.

“Islam tidak bersatu kerana ada parti yang tidak suka kepada perpaduan.

Dia lebih suka berkawan dengan orang anti Islam.

“Umno yang mahukan perpaduan dan Islam, malangnya parti itu tidak mahu,” kata beliau.

Mohamed Mustafa tidak menyebut parti politik berkenaan tetapi dipercaya merujuk kepada PAS.

Parti Islam itu lebih dekat dengan DAP yang jelas menolak hukum Islam tetapi menjauhi Umno walaupun seagama dan sebangsa.

Malah beberapa pemimpin tinggi PAS termasuk Mursyidul AM, Datuk Nik Aziz Nik Mat melabelkan Umno sebagai musuh.

Mohamed Mustafa juga menganggap hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud sebagai `bercakap untuk kepentingan politik’.

“Mereka (PAS) sudah tahu mereka tidak boleh buat hudud. Berapa kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS, kononnya nak buat hudud?

“Umno yang lebih banyak kerusi pun tidak dapat majoriti dua pertiga untuk bubar perlembagaan seterusnya buat hudud,” tambah beliau.

Beliau berkata, lebih baik Umno mengukuhkan ekonomi dan pendidikan bagi memajukan umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.