Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat
beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown yang mempromosikan minuman
keras sempena sambutan Aidilfitri.
Presidennya
S M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan
pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong
di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria".
"Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.
Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras.
"Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di Georgetown, hari ini.
Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.