TERKINI
Mustafa Ali: “Apa yang penting adalah memahami dengan proses demokrasi.” — Foto fail
KUALA
LUMPUR— Naib Presiden PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bahawa
PAS sentiasa “bersetuju untuk tidak bersetuju: dengan DAP berkenaan isu
hudud.
Katanya, memang jelas terdapat perbezaan antara PAS dan DAP, namun
segala perbezaan itu tidak boleh dilihat semata-mata tetapi persamaan
seperti mahu membanteras rasuah, menuntut keadilan dan hak asasi manusia
harus juga untuk dilihat.
“Apa yang penting bagi PAS dan DAP adalah kedua-duanya saling memahami dengan proses demokrasi,” kata Mustafa.
Katanya, UMNO sebenarnya yang tidak ikhlas dalam isu hudud dan hanya mahu menjadikan ia satu mainan politik.
“Contohnya dalam Terengganu ada enakmen hudud, tetapi kini Terengganu diperintah Barisan Nasional (BN), kenapa mereka tak laksanakan,” kata Mustafa.
Katanya lagi, negara berkebajikan dan Islam adalah satu istilah dan tidak ada perbezaan antara dua istilah tersebut.
"Negara Islam atau negara berkebajikan tidak ada perbezaannya, jadi tidak perlu ada polemik terhadap isu tersebut," katanya lagi.
Mengulas tentang Karpal Singh yang sering tidak bersetuju dengan hudud, Mustafa Ali berkata pihak PAS telah sentiasa berbincang dengan beliau dan walaupun terdapat perbezaan antara mereka.
"Karpal Singh melihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan yang baginya tidak boleh ada undang-undang lain lebih tinggi dalam negara.
"Manakala PAS melihat ini sebagai undang-undang Islam, maka sebagai umat Islam PAS akan sentiasa berpegang teguh dengan pendirian tentang hudud.
"Tetapi tak bermakna kita tidak ada ruang perbincangan. Dan saya jelas mengatakan undang-undang ini untuk umat Islam sahaja," kata Mustafa lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.