Income Tax Malaysia
: Kalau kita semak semula data pada 2011, daripada 12.5 juta pencarum
aktif EPF dan juga 8 juta pencarum socso boleh dikatakan angka yang
cukup besar. Malangnya di sini, pembayar cukai individu di Malaysia
hanya 2 juta sahaja? Mana yang lain?
Manakala
yang masuk top bracket (25%) tidak sampai pun 40,000 orang melibatkan
bilangan pembayar income tax individu. Kita boleh lihat di sini berapa
ramai yang “berjaya melepaskan” diri untuk membayar income tax di
Malaysia
Perbandingan Income Tax Rate Malaysia VS Singapore VS Hong Kong?
Akhirnya
individu makan gaji yang pendapatan bulanannya hanya “cukup-cukup makan
sahaja” antara kelompok utama yang dikerah bagi melaksanakan tanggungjawab membayar income tax.
Belum sempat lihat gaji dah kena potong. Tetapi kelompok ahli
perniagaan, auta sana auta sini dan akaun disediakan oleh akauntan yang
tidak beretika dengan menipu data yang sedia ada kononnya penyata
menunjukkan kerapkali mengalami kerugian. Akhirnya….berjaya
“diselamatkan”.
Kalau ikut apa yang
dikatakan ‘urban poor’ di Kuala Lumpur contohnya, atau isi rumah
pendapatan bawah RM 1,500 sebulan sebagai penanda aras, itu baru 50% isi
rumah Malaysia. Jadi, kalau kita semak semula rekod Socso yang
berjumlah 8 juta pencarum, makanya paling kuat hanya 4 juta yang layak
kategori tak bayar cukai. 2 juta lagi menyorok di mana? Manakala jikalau
mengikut rekod pencarum aktif KWSP yang berjumlah 12.5 juta orang,
makanya masih ada lagi 4 juta rakyat Malaysia yang “berjaya lari”
“Yang bayar cukai itu adalah rakyat marhaen macam anda, anda dan anda semua di sini. Yang kaya-raya tak bayar cukai pun sebab atas bukan berpendapatan tetap”
P/S : Sememangnya income tax Malaysia
adalah tinggi supaya ia dilihat setara dengan negara-negara maju di
luar sana. Malagnya gaji masih lagi setara dnegan negara dunia ketiga.
PP/S : Harap Datuk Najib mempertimbangkan isu ini dalam pembentangan Bajet 2012 kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.