Kementerian
Kesihatan bersetuju memasukkan amalan perubatan Islam di bawah Rang
Undang-undang Tradisional dan Komplementari 2012 selepas perkara itu
dipersetujui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Jabatan
Agama Islam Negeri.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata notis
pindaan menambah perubatan Islam dalam tafsiran rang undang-undang itu
akan diberikan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin.
“Sebelum
ini, kita tidak masukkan perubatan Islam kerana tidak mendapat
persetujuan Jakim tetapi sekarang sudah dipersetujui bukan saja Jakim
malah Jabatan Agama Islam negeri.
“Selepas
ini, pengamal perubatan Islam termasuk bomoh perlu mendaftar menerusi
majlis yang akan ditubuhkan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi
Parlimen di sini, Isnin.
Terdahulu, beliau membentangkan Rang Undang-undang Tradisional dan Komplementari 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Semalam,
anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta
kementerian itu mengambil kira perubatan Islam dalam rang undang-undang
itu kerana perubatan moden dan Islam sama penting, di samping
peningkatan pesakit yang beralih kepada kaedah perubatan Islam atau
tradisional.
Pengerusi
Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Mohd
Fauzi Mustaffa juga melahirkan kebimbangan terhadap kelangsungan amalan
itu terhadap masa depan terutama bagi merawat penyakit serta kes sihir
yang semakin berleluasa.
Di bawah
rang undang-undang itu, Liow (gambar) berkata pihaknya dengan kerjasama
Jakim akan memantau proses pendaftaran pengamal perubatan sama ada
Islam, tradisional Melayu, Cina dan India di bawah satu majlis yang
akan ditubuhkan.
Katanya pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran itu boleh dikenakan denda antara RM30,000 dan RM50,000 atau penjara dua tahun.
Katanya pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang mengingkari arahan pendaftaran itu boleh dikenakan denda antara RM30,000 dan RM50,000 atau penjara dua tahun.
Ketika
membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Kesihatan itu berkata
hampir 15,000 pengamal perubatan tradisional dan komplementari tidak
akan terlepas daripada tindakan tegas sekiranya didapati menipu dan
melanggar undang-undang berkenaan. Dalam pada itu, beliau berkata
berikutan perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di
Malaysia dan antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
merangka strategi yang boleh digunakan dalam membangunkan perubatan
tradisional dan komplementari di negara masing-masing.
Katanya
Kementerian Kesihatan juga telah melancarkan dasar kebangsaan dalam
bidang perubatan tradisional dan komplementari yang menyatakan bahawa
perubatan itu akan wujud bersama dengan perubatan moden dan akan
disepadukan dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi
meningkatkan kesejahteraan dan tahap kesihatan rakyat.
“Di Malaysia, permintaan terhadap perubatan ini semakin meningkat dan berkembang pesat dan pada masa sama kementerian menerima banyak aduan dari semasa ke semasa berhubung perubatan ini selain sering digemparkan dengan pelbagai berita dan peristiwa melibatkan pengamal perubatan ini,” katanya.
“Di Malaysia, permintaan terhadap perubatan ini semakin meningkat dan berkembang pesat dan pada masa sama kementerian menerima banyak aduan dari semasa ke semasa berhubung perubatan ini selain sering digemparkan dengan pelbagai berita dan peristiwa melibatkan pengamal perubatan ini,” katanya.
Liow
berkata rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Kompelementari
2012 digubal untuk memastikan amalan perubatan yang dijalankan di
negara ini adalah selamat dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.
Setakat
ini, 10 hospital kerajaan menjalankan program integrasi menawarkan
perubatan moden bersama-sama dengan perubatan tradisional, iaitu
Hospital Kepala Batas (Pulau Pinang), Hospital Sultan Ismail (Johor
Baharu), Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Nur Zahirah
(Terengganu), Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Umum
(Sarawak), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar), Hospital Port
Dickson, Hospital Sultanah Hajah Kalsom (Cameron Highlands) dan Hospital
Raja Perempuan Zainab 2 (Kota Baharu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.