KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia menubuhkan sebuah jawatankuasa
bagi menyelaraskan hukuman setimpal ke atas perogol melibatkan mangsa di
bawah 16 tahun atau rogol statutori bagi melindungi keselamatan
golongan tersebut.
Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, jika ditubuhkan kelak jawatankuasa itu tidak berkuasa untuk untuk menjatuhkan hukuman lain kepada para pesalah terdahulu kerana ia akan menyebabkan kucar-kacir dalam sistem kehakiman negara.
Justeru katanya, jawatankuasa itu tidak akan berkuasa dalam "memperbetulkan" hukuman ke atas pesalah seperti pemain boling negara, Noor Afizal Azizan yang didapati bersalah merogol gadis berusia 13 tahun.
- UTUSAN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.