Halaman

Rabu, 26 September 2012

Malaysia dijangka ambil semula pekerja Bangladesh mulai Disember

FREE MALAYSIA TODAY

Subramaniam berkata jawatankuasa bersama Malaysia-Bangladesh telah ditubuhkan, yang turut disertai wakil dari Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.



PUTRAJAYA:  Malaysia dijangka  mengambil semula pekerja Bangladesh mulai bulan Disember depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Bagaimanapun, kedua-dua negara dijangka menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) tidak lama lagi untuk membatal  pembekuan dan membolehkan rakyat Bangladesh diambil semula sebagai pekerja imigran di bawah mekanimse antara kerajaan dengan kerajaan.

Subramaniam berkata jawatankuasa bersama Malaysia-Bangladesh telah ditubuhkan, yang turut disertai wakil dari Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.

“Kita kini sedang memperhalusi MoU itu dan berharap dapat menandatanganinya secepat mungkin. Sasaran kita ialah pengambilan pekerja Bangladesh menjelang Disember tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.

Subramaniam mengetuai perwakilan ke Dhaka baru-baru ini selepas Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin bersetuju untuk kunjungan itu berikutan rayuan Bangladesh kepada Malaysia untuk mempertimbang semula pekerja imigran negara berkenaan.

Malaysia mengenakan pembekuan yang tidak jelas terhadap pengambilan pekerja Bangladesh pada 2007 berikutan pelbagai kes dan aduan berhubung eksploitasi majikan dan ajen pengambilan pekerja di negara ini.

Kira-kira 400,000 rakyat Bangladesh diambil bekerja di sektor pembuatan, pembinaan, peladangan dan industri perkhidmatan di Malaysia.Sejumlah 267,000 pekerja Bangladesh telah mendaftar untuk disahkan di bawah program pengampunan 6P.Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.