Filem Tanda Putera
yang memaparkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 perlu dipaparkan sebagai
teladan kepada generasi muda mengenai pentingnya menjaga keharmonian
negara.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator
Datuk Maglin Dennis D’Cruz bagaimanapun berkata, filem sejarah seumpama
itu perlu dipaparkan dengan cara yang efektif dan realistik.
“Pihak
kementerian berpendapat dengan kematangan pemikiran generasi muda masa
kini, filem sejarah harus dipaparkan dengan cara paling efektif dan
realistik walaupun ada menyentuh mengenai isu 13 Mei.
“Paparan
sejarah ini begitu penting kepada rakyat Malaysia untuk dijadikan
teladan betapa pentingnya keharmonian negara,” katanya pada persidangan
Dewan Rakyat di sini, Selasa.
Beliau
menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) yang bertanyakan
mengapa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membiayai
filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures yang didakwa membangkitkan isu perkauman 13 Mei 1969?
Sementara itu Maglin berkata, dakwaan bahawa filem Tanda Putera mengandungi unsur perkauman adalah bersifat andaian yang dicetuskan terlalu awal sebelum ditayangkan.
Pengarah filem itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi sebelum ini berkata, Tanda Putera sebenarnya dibikin khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail.
Pengarah filem itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi sebelum ini berkata, Tanda Putera sebenarnya dibikin khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail.
Tanda Putera
dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Rusdi Ramli sebagai Tun
Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Toh Puan Rahah)
dan Linda Hashim (Toh Puan Norashikin).
Filem
tersebut diterbitkan hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Finas serta
Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC). Ia menelan kos RM4.8 juta
termasuk promosi.
Filem yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September lalu bagaimana terpaksa ditunda tayangannya pada 15 November depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.