Shahbudin Husin
Semalam
Mahathir bercakap tentang pilihanraya lagi. Kali ini beliau berkata
bahawa sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan, ia adalah masa
yang sesuai untuk diadakan pilihanraya.
Walaupun Najib yang berhak
menentukan tarikh pilihanraya, Mahathir seperti mahu memainkan peranan
sama dalam penentuan tarikh pilihanraya kali ini.
Apa yang dilakukan
Mahathir ini bukan saja kerana beliau dan Najib sedang menghadapi musuh
yang sama iaitu Anwar tetapi juga kerana beliau ingin menentukan
legasinya sentiasa terpelihara dalam UMNO dan kerajaan.
Hanya
jika UMNO ditakdirkan tumbang saja, segala-segalanya berakhir bagi
Mahathir. Tetapi sebelum segala-galanya tumbang, beliau mahu
mempertahankannya dahulu.
Dalam
usahanya mempertahankan UMNO dan BN, Mahathir sekarang juga sedang
sibuk menemui pemimpin peringkat akar umbi di beberapa negeri. Beberapa
negeri sudah dikunjunginya dan terakhirnya, beliau menemui pemimpin
UMNO Wilayah Perseketuan pada minggu lalu.
Dalam
pertemuan dengan pemimpin UMNO WP itu, Mahathir menekankan pemimpin
UMNO supaya bekerja keras untuk mencapai kemenangan dan mengelakkan
daripada melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN.
Menyedari
bahawa apa yang berlaku dalam UMNO sekarang sebahagiannya adalah kerana
perbuataannya menghasut ahli-ahli UMNO sendiri sebelum piliharaya 2008
lalu, beliau berkata perbuatan sabotaj hanya akan merugikan UMNO
akhirnya.
Beliau juga mahu semua pihak mengutamakan UMNO melebihi kepentingan peribadi.
Dalam
cubaannya untuk mengukuhkan kepercayaan itu, Mahathir sampai berkata
bahawa beliau sendiri tidak akan marah atau melakukan sabotaj kali ini
jika anaknya, Mukhriz tidak dipilih sebagai calon pilihanraya oleh
Najib.
Tetapi
kata-kata itu mengundang senyuman sinis di kalangan pemimpin UMNO yang
hadir kerana jelas bahawa Mahathir berkata demikian oleh sebab beliau
tahu perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Ini berbeza ketika sebelum pilihanraya 2008 dulu di mana beliau tidak pula berani mengungkapkan kata-kara sedemikian. Ketika itu beliau ligat menghentam Pak Lah tetapi dalam masa yang sama tentunya mengharapkan Mukhriz diberi tempat juga.
Ini berbeza ketika sebelum pilihanraya 2008 dulu di mana beliau tidak pula berani mengungkapkan kata-kara sedemikian. Ketika itu beliau ligat menghentam Pak Lah tetapi dalam masa yang sama tentunya mengharapkan Mukhriz diberi tempat juga.
Bagi
mereka, usaha Mahathir mempertahankan UMNO kini tidak lebih seperti
mahu membasuh dosa-dosanya yang pernah dilakukannya terhadap UMNO pada
2008 lalu sehingga UMNO berpecah dan kehilangan majoriti dua pertiga.
Ramai ahli
UMNO masih menganggap Mahathirlah pensabotaj paling besar dalam
sejarah UMNO.
Dengan UMNO menjadikannya Perdana Menteri selama 22 tahun
di samping limpahan nikmat untuk kaum keluarga dan anak-anak, beliau
kemudian sanggup menjelajah ke seluruh negara memburukkan UMNO dan Pak
Lah hanya kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap
penggantinya itu.
Dalam
episod pergeserannya dengan Pak Lah, tidak lain membuktikan bahawa
Mahathir juga mempunyai kepentingan peribadi yang lebih besar daripada
kecintaannya terhadap UMNO.
Sudah
tentu apabila hari ini beliau meminta ahli UMNO pula mengutamakan UMNO
melebihi kepentingan peribadi, ramai yang tersenyum sinis sambil
menahan ketawa yang mungkin tersembur.
Walau bagaimana kuat sekali pun usaha Mahathir mahu mempertahankan UMNO, ramai yang percaya kesannya tidak sebanyak yang dijangka. Jika dalam pilihanraya 2008, keputusan buruk yang dicapai UMNO adalah kerana ramainya ahli UMNO sendiri yang tidak mengundi BN di samping penolakan pengundi bukan Melayu, usaha Mahathir kali ini mungkin hanya berjaya mengukuhkan sokongan di kalangan ahli UMNO saja.
Walau bagaimana kuat sekali pun usaha Mahathir mahu mempertahankan UMNO, ramai yang percaya kesannya tidak sebanyak yang dijangka. Jika dalam pilihanraya 2008, keputusan buruk yang dicapai UMNO adalah kerana ramainya ahli UMNO sendiri yang tidak mengundi BN di samping penolakan pengundi bukan Melayu, usaha Mahathir kali ini mungkin hanya berjaya mengukuhkan sokongan di kalangan ahli UMNO saja.
Sebaliknya
penolakan bukan Melayu tetap kekal, malahan penolakan pengundi atas
pagar daripada semua kaum juga mungkin meningkat berikutan kelemahan
pentadbiran Najib dalam mengurus negara, beban ekonomi yang dihadapi
rakyat, meluasnya amalan rasuah, skandal, pembaziran dan sebagainya.
Akhirnya,
walaupun Mahathir sibuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO
pelbagai peringkat sekarang ini, UMNO dan BN tetap dalam keadaan cemas.
Penolakan rakyat secara umumnya lebih besar daripada penyatuan ahli
UMNO yang sedang diusahakan oleh Mahathir.
Sementara
beliau cuba membasuh dosa-dosanya, ramai juga yang melihat sokongan
berlebihan Mahathir kepada Najib kali ini adalah juga untuk
mempertahankan kepentingan peribadi dan anak-anaknya. Oleh itu, sisi
buruknya pasti akan meninggalkan kesan kepada ramai orang. Dosanya tetap
diingati oleh sebahagian orang sama ada di dalam UMNO mahupun di luar
UMNO.
Jika pilihanraya akan datang ini teramat sukar bagi Najib, ia juga sebenarnya amat sukar bagi Mahathir.
Penulis
pernah menjadi wartawan beberapa
akhbar di tahun 80an dan 90an,
pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun
1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi
dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno
Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua
Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa
Maju. Telah menghasilkan dua buah buku
politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan
Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman
blog di shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.