Tender
pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menurut pemimpin
pembangkang diberikan kepada kroni Umno, dakwa Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang.Chang mendakwa, Ketua Pengarah
Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd,
Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.
Jelas
Chang lagi, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan
Puan Sri Atkah Abdullah, antara tokoh pemimpin Umno yang disegani di
Johor.
“Tan Sri
Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit
Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua
penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita
Pusat.
“Sementara
itu, Rozana juga merupakan sepupu kepada ADUN Machap Datuk Abdul Hamid
Abdul Rahman,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ekoran
pendedahan yang dikemukakannya itu, Chang mencabar Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur
kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES kepada Beta Tegap
Sdn Bhd.
Beta Tegap
merupakan salah satu daripada dua syarikat swasta mendapat tender
pemasangan kamera AES daripada Kementerian Pengangkutan selain ATES Sdn
Bhd.
Ahli Parlimen Selayang William Leong sebelum ini mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.
Ahli Parlimen Selayang William Leong sebelum ini mendakwa pemegang saham kedua terbesar dalam Beta Tegap, Dr Andreas Teoh mempunyai kaitan dengan MCA apabila beliau turut memiliki kontrak dengan Kementerian Kesihatan pada 2005 melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.
Dakwaan
itu bagaimanapun dinafikan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang
juga pada ketika itu memegang portfolio Menteri Kesihatan.
Ahli
Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media berasingan
turut mempertikaikan kempen penerangan AES yang akan dijalankan oleh
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), sedangkan pelaksanaannya sudah
pun dilakukan sejak bulan lalu.
“Bagaimana dia (JPJ) boleh keluarkan saman sedangkan kempen di media baru nak berjalan?
“Ini
menunjukkan kerajaan memasang AES tanpa mendapat maklum balas orang
awam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.