Datuk
Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Kita tetapi
mendakwa beliau masih mengawal parti itu.Setiausaha parti, Masrum Dayat,
yang mengambil alih jawatan presiden itu berkata, Zaid telah
menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Sabtu.
“Bagaimanapun,
beliau masih seorang ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa Kita,”
katanya, sambil menambah bahawa Zaid menyatakan masalah kesihatan
sebagai punca peletakan jawatannya.
Masrum mengambil alih jawatan itu yang berkuat kuasa serta-merta.
Zaid,
ketika ditanya mengenai peletakan jawatan itu, beliau menjawab menerusi
khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menyatakan “Ya”.
Beliau, bagaimanapun menambah bahawa parti itu masih “di bawah kawalan saya”.
Apabila
ditanya di bawah kapasiti apakah beliau akan kekal dalam mengawal
parti, Zaid berkata: “Jawatan tidak sepenting seperti pengaruh.”
Dilaporkan
bahawa Zaid difahamkan mengalami sakit daripada penyakit jantung, yang
menyebabkan beliau kurang sihat sejak kebelakangan ini.
Menerusi kenyataan yang terakhir di blognya pada 24 Oktober, Zaid berkata: “Atas nasihat doktor saya, saya perlu mengelakkan aktiviti yang memberi tekanan untuk beberapa bulan.”
Menerusi kenyataan yang terakhir di blognya pada 24 Oktober, Zaid berkata: “Atas nasihat doktor saya, saya perlu mengelakkan aktiviti yang memberi tekanan untuk beberapa bulan.”
Beliau
turut berkata, peletakan jawatannya sebagai Presiden Kita akan
memudahkan beliau bertanding di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat,
sebaik-baiknya menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di
Pekan.
Bagaimanapun,
Zaid berkata, beliau akan mempertimbangkan mengenai perkara itu
sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih untuk tidak
bertanding pada kerusi Parlimen itu.
Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa beliau akan bertanding di mana-mana yang diminta oleh parti, walaupun Pekan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.