Halaman

Ahad, 27 Januari 2013

MUBARAK syor BN namakan calon MB S'gor lebih awal

MALAYSIA KINI


 
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman mengesyorkan kepada BN untuk menamakan calon menteri besarnya di negeri Selangor lebih awal bagi mengelakkan calon yang berminat dikecewakan di saat akhir.

Abdul Aziz dalam wawancara yang disiarkan Sinar Harian Online itu berkata, beliau juga bimbang calon yang berminat akan mengambil tindakan merugikan sekiranya ia lewat diumumkan.

"Jadi ini terpaksa dibuat awal kerana kita kena tonjolkan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi menteri besar, diberi peluang untuk mendapat tempat lain.

Kalau tidak, dalam saat-saat terakhir, mungkin lima atau enam orang memang rasa dia layak jadi Menteri Besar, jadi kita mungkin tidak sempat kalau kita terlalu lewat untuk menamakan yang tidak dapat tadi, terlalu kecewa dan buat sahaja yang akan merugikan.

Kalau awal-awal kita sudah beritahu, anda ke sini, yang ini ke sini, aturkan. Kalau menang apa yang akan berlaku. Ini penting," katanya seperti dipetik dalam satu wawancara disiarkan Sinar Harian Online.

Buat masa ini BN masih belum memberikan tanda-tanda jelas berhubung calon yang akan dinamakannya untuk mengetuai negeri itu, sekiranya ia kembali menguasai Selangor.

BN Selangor kini dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak dengan dibantu timbalannya Datuk Seri Noh Omar, dan seorang lagi yang berpengaruh di BN negeri itu ialah koordinatornya Datuk Seri Mohd Zin Mohamad.

Najib bagaimanapun dijangka akan memperkenalkan muka baru untuk menghadapi menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.