MALAYSIA KINI
Beberapa
aktivis NGO Islam tampil mempertahankan khutbah khutbah Jumaat kelmarin
dan mempersoalkan kenyataan pemimpin PAS berhubung teks khutbah yang
dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu.
Laporan Berita Minggu antara lainnya memetik kenyataan bekas yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Datuk Dusuki Ahmad yang berkata khutbah berkenaan bukan bertujuan mewujudkan kebencian agama.
Dusuki juga menolak anggapan bahawa khutbah berkenaan mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.
Laporan itu menyebut, beliau memberi alasan bahawa khutbah berkenaan merupakan "lontaran pandangan Jakim sebagai badan berkuasa agama dan lebih berbentuk seruan ke arah kebaikan".
Seterusnya, beliau mempersoalkan sikap orang Islam yang apologetik dan rendah diri apabila berdepan dengan orang bukan Islam.
"Namun apabila ada teguran dan nasihat untuk berwaspada mengenai kelemahan dan kekuatan, kita pula terlalu apoligetik," katanya, mengulas pandangan pemimpin PAS yang didakwa membidas teks khutbah tersebut.
Antaranya MP Shah Alam, Khalid Samad yang antara lainnya menyifatkan Jakim bertindak dengan "tidak wajar" dan "tidak bertanggungjawab".
“Tindakan Jakim merupakan usaha untuk mengapi-apikan sentimen benci ke atas orang Kristian," katanya seperti dipetik dalam satu laporan portal berita The Malaysian Insider semalam.
Laporan laman itu turut dipersoalkan timbalan yang dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor Dr Wan Muhammad Adam Wan Norudin yang menyifatkannya sebagai tindakan "biadab" dan "bertujuan melaga-lagakan penganut Islam dan Kristian".
Dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini, Wan Muhammad berkata khutbah berkenaan merupakan peringkatan kepada orang Islam untuk mempertahan kalimah Allah.
Khutbah itu juga tidak menyatakan secara terbuka bahawa agama lain adalah sesat, katanya.
"Khutbah Jumaat hanya untuk orang Islam. Malaysian Insider tidak patut mencetuskan isu ini kerana ia boleh menimbulkan huru-hara apabila perkara dibangkitkan di masjid pun mahu dipertikaikan.
"Ia juga merupakan perbuatan mangadu-domba antara umat Islam kerana tidak menghormati ajaran yang mahu disebarkan Islam untuk orang Islam," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.