Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lawatan beliau ke Gaza
semalam adalah lawatan kemanusiaan dan bukan mahu campur tangan dalam
urusan dalaman Palestin.Sekali gus lawatan itu mempamerkan sokongan yang
cukup kuat daripada rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap perjuangan
rakyat Palestin termasuk di Gaza yang mendapat tekanan hebat daripada
keganasan Israel selama lapan hari pada November lalu.
Keganasan
yang dilakukan oleh Israel di Gaza amat menyayat hati rakyat Malaysia
dan dengan perkembangan terkini yang melibatkan rakyat Malaysia dalam
menghulurkan bantuan, Najib berkata adalah amat wajar beliau melawat
wilayah Palestin itu bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan
mereka.
Najib
berkata demikian dalam sidang akhbar semalam, di hari terakhir lawatan
kerja tiga hari beliau di Mesir yang bermula Isnin lepas, sebelum
berangkat menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
Najib juga
berkata, lawatan semalam memberi peluang kepada beliau menyatakan
sokongan kepada Fatah dan Hamas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan
secepat mungkin.
Kewujudan
kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas penting bagi rakyat Palestin
iaitu pra-syarat untuk mereka mendapatkan kejayaan yang diidam-idamkan
dalam perjuangan mereka, katanya.
“Saya
telah tegaskan kepada (Perdana Menteri Palestin) Ismail Haniyeh dan
saya ulangi dengan (Presiden Mesir Mohamed) Morsi dalam pertemuan malam
tadi (kelmarin) supaya Mesir menjadi broker atau orang tengah,”
katanya.
Najib berkata, Morsi telah menetapkan jadual untuk dua pihak iaitu Fatah dan Hamas untuk meneruskan rundingan sehingga dapat menubuhkan kerajaan perpaduan dalam masa terdekat dan Morsi optimis mengenai rundingan itu.
Najib berkata, Morsi telah menetapkan jadual untuk dua pihak iaitu Fatah dan Hamas untuk meneruskan rundingan sehingga dapat menubuhkan kerajaan perpaduan dalam masa terdekat dan Morsi optimis mengenai rundingan itu.
Ditanya
mengenai dakwaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati
dengan lawatan beliau, Najib berkata mungkin ada salah faham tetapi
beliau telah menjelaskan kepada wakil Fatah di sini semalam bahawa isu
terkini Palestin ialah mengenai penderitaan rakyat di Gaza bukannya
Tebing Barat.
“Saya
tidak dapat lawat Ramallah (Tebing Barat yang dikuasai Fatah) yang
ruang udaranya di bawah kawalan Israel dan Israel tidak akan memberikan
kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan Israel,”
katanya.
Najib
berkata, rancangan asal beliau untuk melawat kedua-duanya, Tebing Barat
dan Gaza, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana sekatan yang sedia
ada di Tebing Barat.
Justeru,
Najib berkata, lawatan beliau ke Gaza jangan disalah tafsir di mana ia
tidak memberikan kelebihan dan kekurangan kepada Hamas mahupun Fatah,
sebaliknya Malaysia menggesa kerajaan perpaduan yang dianggotai Hamas
dan Fatah menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Najib juga
berkata, kerajaan perpaduan di Palestin adalah amat penting supaya
keputusan pilihan raya Israel yang berlangsung kelmarin dikhuatiri akan
membentuk kerajaan yang mengamalkan dasar yang lebih keras terhadap
Palestin.
Beliau
juga berkata, isu Palestin amat dekat di hati beliau di mana semasa
beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Pertahanan beliau sendiri telah
menaja dua kanak-kanak Palestin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan