Shahbudin Husin
Ambo
nak umum dah, itulah ayat terbaru yang dilafazkan Najib mengenai
tarikh PRU 13. Sebelum ini, sudah beberapa kali beliau cuba memberi
bayangan tentang tarikh pilihanraya akan diadakan. Pihak pembangkang
pula cuba meneka beberapa tarikh yang difikirkan logik untuk Najib
membubarkan Parlimen.
Tetapi semua tekaan dan ramalan itu tidak menjadi kenyataan.
Apabila
beberapa hari lepas, Najib sekali lagi membayangkan tentang tarikh
pilihanraya, rakyat sebenarnya tidak lagi teruja. Jauh sekali merasa
suspen dan terkejut.
Tarikh
piliharaya kali ini bagi rakyat sudah jadi anti klimaks. Tiada sesiapa
pun yang stim dengan bayangan tarikh pilihanraya yang disebutkan Najib
itu.
Ini kerana
inilah kali pertama sejak Allah SWT menciptakan pilihanraya untuk
Malaysia, ia diadakan di penghujung tempoh atau akhirnya mungkin
terbubar dengan sendirinya. Sebelum ini pilihanraya biasanya diadakan
dalam tempoh tiga tahun lebih selepas pilihanraya sebelumnya atau
sekurang-kurangnya setahun lagi sebelum tempohnya berakhir.
Di era
pentadbiran Mahathir, beliau biasanya mengadakan pilihanraya umum
sekurang-kurangya setahun sebelum tempoh edahnya berakhir, biar
bagaimana getir sekali pun cabaran politik yang dihadapinya. Pilihanraya
1990 dan 1999 misalnya, ia diadakan ketika suhu politik sedang
mendidih ketika itu.
Di era Pak
Lah juga begitu, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Mahathir
pada 2003, hanya beberapa bulan selepas itu beliau mengadakan
pilihanraya iaitu pada 2004. Pilihanraya 2008 juga diadakan ketika Pak
Lah panas dengan pelbagai isu serangan daripada Mahathir.
Hakikatnya, mereka tidak takut mengadakan pilihanraya dan tidak menganjak tarikhnya sehingga ke penghujung tempoh.
Hanya
Najib yang kelihatan takut mengadakan pilihanraya. Tarikh akhir
Parlimen dibubarkan ialah 28 April depan dan sekiranya Najib masih
takut memilih tarikh untuk mengadakan pilihanraya, Parlimen akan
terbubar dengan sendirinya pada 29 April itu.
Tetapi ada juga beberapa Dewan Undangan Negeri atau DUN yang tarikh luputnya lebih awalnya daripada itu. DUN Johor yang paling awal tarikh matinya iaitu 21 Mac. Bermakna jika selepas 21 Mac, tarikh pilihanraya tidak diumumkan, DUN Johor juga terbubar dengan sendirinya.
Tetapi ada juga beberapa Dewan Undangan Negeri atau DUN yang tarikh luputnya lebih awalnya daripada itu. DUN Johor yang paling awal tarikh matinya iaitu 21 Mac. Bermakna jika selepas 21 Mac, tarikh pilihanraya tidak diumumkan, DUN Johor juga terbubar dengan sendirinya.
Ini bermakna bila pilihanraya mesti diadakan sudah boleh dijangka.
Sebab itu,
tarikh piliharaya kali ini tidak lagi mendatangkan suspen atau stim
kepada rakyat. Walaupun tarikh tepatnya tidak diketahui tetapi tempoh
ia diadakan sudah boleh diramalkan. Ia umpama seseorang yang sedang
nazak di hospital sejak sekian lama dan hanya hidup kerana mesin
bantuan hayat, bila ia akan meninggal dunia tidak lagi mendatangkan
kejutan atau kesedihan kepada saudara mara dan kenalan terdekatnya.
Orang hanya terkejut bila seseorang itu tiba-tiba meninggal dunia tanpa dikhabarkan sakit sebelumnya.
Begitulah
juga dengan PRU 13 ini, meskipun Najib cuba memberi bayangan baru
mengenai tarikhnya, tiada sesiapa lagi yang teruja. Rakyat sudah tahu
sebelum 21 Mac ini atau 28 April ini ia mesti diadakan walaupun sudah
beberapa tarikh dihebohkan sebagai pilihan Najib untuk membubarkan
Parlimen. Antaranya 15 Februari, 22 Februari dan sebagainya.
Bila pun
tarikh pilihanraya tidak lagi penting dan mendatangkan stim. Ia sudah
anti klimaks kerana rakyat sudah tahu tarikh matinya Parlimen yang ada
sekarang. Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang
takut dengan pilihanraya dan melanjutkan tempoh pembubaran Parlimen
semata-mata untuk duduk lebih lama sebagai Perdana Menteri.
Jika
kelewatan pembubaran Parlimen itu untuk menyelesaikan isu dan masalah
yang berlaku, mungkin juga ia difahami. Malangnya Najib tidak cuba pun
menyelesaikan masalah dan isu yang berlaku itu, beliau hanya cuba
menutupnya dengan mencipta isu lain saja. Banyak isu hanya dibiarkannya
dan tidak mahu diselesaikan. Isu-isu berkaitan dirinya juga tidak mahu
dijawab. Jawapan terhadap dakwaan Deepak juga sekadar melepaskan batuk
di tangga manakala Rosmah pula menjawabnya dengan helah, ” saya
terlalu sibuk”.
Bagi
rakyat, tarikh pilihanraya ini tidak lagi penting. Apa yang penting
ialah memberi pengajaran kepada kerajaan yang sedang memerintah
sekarang. Walaupun BN sudah hilang majoriti dua pertiga, ramai yang
merasakan suara majoriti kerajaan yang ada sekarang perlu dikurangjan
lagi atau ditukarkan terus atas nama perubahan.
Jika tidak diubah, BN tidak akan berubah sampai bila-bila.
Bagi
Pakatan Rakyat juga, jika pun mereka diberi mandat kali ini, rakyat
tidak akan memberinya mandat yang selesa. Rakyat menyedari bahawa Anwar
dan PR banyak memberi janji-janji yang mengagumkan.
Ia mungkin boleh
dilaksanakan dan mungkin juga gagal. Rakyat dalam hal ini amat
berhati-hati. Jika Anwar dan PR gagal menunaikan janjinya setelah diberi
kuasa, melalui kemenangan tipis yang diberikan nanti, ia lebih mudah
ditukar semula selepas itu.
Walaupun
Najib dan ramai pemimpin BN meminta mereka diberi mandat dua pertiga,
rakyat tidak sebodoh itu kali ini. Pelbagai jenis bantuan, BR1M, BROOOM
dan gula-gula yang diumumkan kerajaan adalah bukti nyata bahawa
kemenangan yang tipis bagi mana-mana kerajaan akan menghasilkan manfaat
yang berganda bagi rakyat.
Jika dulu
pilihanraya adalah medium untuk pemimpin dan parti politik mendapatkan
mandapat daripada rakyat, PRU 13 ini pula adalah medan untuk rakyat
mendapat hak mereka yang sewajarnya daripada kerajaan yang setiap lima
tahun bergantung kepada undi mereka.
Rakyat
memang tidak stim dan teruja bila tarikh pilihanraya, tetapi mereka
sedang berbunga-bunga untuk mengutip hasil yang maksima daripada
pilihanraya nanti.
Penulis
pernah
menjadi wartawan beberapa akhbar di
tahun 80an dan 90an, pernah
juga berkhidmat di MARA. Pada
tahun 1996-2000 menjadi
Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan
Usahawan, Pemuda Umno
Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib
Ketua Pemuda dan AJK Umno
Bahagian Wangsa Maju. Telah
menghasilkan dua buah buku politik
bertajuk Najib PM
Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan
Najib.Beliau memiliki laman blog di
shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan