KUALA
LUMPUR – Bilangan individu kaya di Malaysia akan meningkat lebih sekali
ganda daripada 32,000 orang sekarang kepada 68,000 orang pada 2015,
dengan nilai bersih masing-masing meningkat sebanyak AS$140 bilion
hingga AS$330 bilion.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bilangan yang mengagumkan ini memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bilangan yang mengagumkan ini memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Beliau
juga berkata, negara ini mestilah membangunkan industri pengurusan
pelaburan domestiknya yang boleh mengurus bukan sahaja kekayaan
domestik, malah juga kekayaan di peringkat rantau Asia Pasifik.
Ahmad
Husni berkata, industri pengurusan kekayaan adalah sektor perkhidmatan
kewangan paling pantas berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Dalam
hubungan ini, penetapan 2013 sebagai tahun pengurusan Pusat Perniagaan
dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah tepat pada
masanya, kata beliau pada pelancaran Pengurusan Kekayaan Labuan IBFC
2013 hari ini.
Beliau berkata, inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan industri pengurusan pelaburan domestik.
Mengenai
satu perkara berkaitan, Ahmad Husni berkata, Malaysia akan dapat
mengekalkan pertumbuhan tinggi tahun ini kerana ia menerima banyak
pelaburan.
“Dari segi
Keluaran Dalam Negara Kasar, pengguna domestik sebenarnya amat kukuh,
sumber utama sebenarnya adalah daripada pelaburan orang ramai dan juga
pelaburan kerajaan.
“Jadi,
bagi masa depan, kita yakin kita boleh mengekalkan pertumbuhan tahun
ini,” kata beliau, sambil menambah bahawa kerajaan yakin dalam
berhati-hati bahawa pertumbuhan ekonomi akan berlegar sekitar 4.5
peratus hingga lima peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.