Halaman

Rabu, 20 Februari 2013

Kewangan Sabah kukuh tapi masuk poket pemimpin Umno

Oleh Aisha Geoffey

KUALA LUMPUR : Kewangan dan sumber negeri Sabah kukuh tetapi tiada kebajikan dan usaha menaik taraf kehidupan rakyat, malah semua hasil ‘masuk poket’ pemimpin negeri, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Tian-Chua1
“Isu paling relevan sekarang menjaga keperluan rakyat. Ketika pemimpin Umno bersenang lenang, rakyat bawahan terhimpit kesusahan. Apa yang dilakukan Ketua Menteri dan pimpinannya melalui sumber kekayaan begitu banyak di Sabah untuk rakyatnya?” soal Tian.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kononnya Pakatan Rakyat iri hati dengan kemampuan kerajaan Barisan Nasional mengukuhkan kewangan negeri.

“Jika benar BN mengukuhkan kewangan negeri, mengapa setelah berdekad-dekad di bawah BN taraf hidup rakyat Sabah sampai sekarang termiskin, sedangkan hasil buminya banyak. Ini turut berlaku di beberapa negeri di Semenanjung,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Musa berkata, Pakatan ‘tergila-gila’ mahu memenangi Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan tidak mentadbir negeri di bawah mereka dengan baik.

“Kenapa kita ‘tergila-gila’ mahu merampas Sabah dari BN? Sebab kita yakin pentadbiran Pakatan Rakyat yang terbukti lebih telus dan mementingkan kebajikan rakyat, jauh lebih baik dari BN yang tamak,” kata Ahli Parlimen Batu itu.

“Lihat saja di Selangor dan Pulau Pinang, kita baru saja ambil lima tahun tetapi kini tahap kewangannya begitu baik. Dengan rekod yang kita ada, kita yakin taraf hidup rakyat Sabah akan lebih terbela, apa lagi dengan kekayaan sumber yang mereka ada,” katanya.

“Apa yang penting, rakyat Sabah perlu ubah kerajaan dalam PRU 13 nanti. Jangan terpengaruh dengan kenyataan kononnya kewangan kukuh dan sebagainya, kehidupan rakyat paling utama,” sambung Tian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.