Pembubaran parlimen 2013
: Siapa yang mengikuti secara dekat landskap politik Malaysia, pasti
terasa debaran disebalik penantian sejak pertengahan tahun lepas (tahun
2012) lagi bagi menantikan “butir-butir emas” daripada mulut Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengumumkan pembubaran
parlimen 2013 bagi PRU 13 (pilihanraya Uum ke 13).
Alhamdulillah penantian demi penantian rakyat Malaysia ditambah dengan Datuk Najib sendiri diberikan kekuatan, akhirnya….
Berlakunya pembubaran parlimen 2013
pada sebelah pagi tadi. Serius! Terus terang kami katakan, debaran
pengumuman raya pun tidak terasa berdebar seperti apa yang dirasakan
kami (sebagai kalangan rakyat Malaysia) sejak awal-awal pagi hari ini.
Adakah sesuai dengan persamaan yang kami cuba bawakan ini.
Haha…Tidak
mengapa. Layankan sahaja. Yang penting pembubaran parlimen 2013 PRu 13 telah pun menjadi realiti.
Mungkin pembubaran parlimen 2013 hari ini dipilih oleh Datuk Seri Najib bersempena dengan ulangtahun ke 4 beliau bergelar sebagai Perdana Malaysia ke enam. Iaitu bermula 3 apr 2009 – 3 April 2013. Mungkin?
Parlimen pun sudah dibubarkan dan
selepas ini satu demi Dewan Undangan Negeri baik di negeri bawah Barisan
Nasional dan termasuklah juga di bawah Pakatan Rakyat juga akan
dibubarkan apabila mereka bersetuju untuk menyertai Pilihanraya Umum ke
13 secara serentak. Alhamdulillah….
Apa lagi yang tertinggal? Ya….bersama-sama ini terdapat tarikh-tarikh penting yang akan berlaku daripada hari ini pembubaran parlimen 2013 sehingga hari mengundi nanti yang perlu anda ketahui….
Gambar Di Hari Pembubaran Parlimen 2013
- Pukul 8:25 malam : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib tiba dan memasuki perkarangan di Istana Negara
- Perdana Menteri, Datuk Najib meluangkan masa kira-kira sejam di Istana Negara bertemu dengan Yang Dipertuan Agong
- Pukul 9:12 pagi : Datuk Najib keluar dari Istana Negara pada pukul 9.12 pagi.
- Pukul 11:31 pagi : Najib umum pembubaran parlimen 2013 PRU 13 (Pilihanraya Umum ke 13 Malaysia) secara langsung di TV1 dari pejabatnya di Putrajaya
PENTING! Tarikh Tarikh Sepanjang Pilihanraya Umum ke 13
- 3 April 2013 : Tarikh Pembubaran parlimen [DONE]
- 8 April 2013 : Tarikh Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia
- 6 April 2013 : Tarikh Pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Stadium Merdeka
- 14 April 2013 : Tarikh Penamaan calon PRU 13 (Pilihanraya UMUM ke 13)
- 27 April 2013 : Tarikh Hari Mengundi PRU 13
- Malam 27 April 2013 – Awal pagi 28 April 2013 : Pengumuman demi pengumuman Keputusan Pilihanraya Ke 13
Dan…apa yang Berita Semasa harapkan
Pilihanraya Umum ke 13 kali ini yang dikelolakan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya SPR Malaysia akan berjalan dengan adil dan saksama untuk kedua-dua kumpulan parti terbesar di Malaysia
yang akan bertanding dalam PRU 13 (Pilihanraya umum ke 13) kelak baik
kepada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Orang tua-tua ada
mengatakan :
“Biarlah menang bergaya, kalah pun biarlah ‘bermaruah’”
Dan Kami daripada Berita Semasa masih
lagi menaruh harapan tinggi kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia
untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Insyaalah.
Walauapapun, jika anda layak mengundi (KLIK SINI UNTUK SEMAK DAFTAR PEMILIH),
pastikan anda tidak terlepas menunaikan kewajiban. Tidak kisah, apapun
bentuk undian anda tunjukkan kepada semua yang anda bakal menunaikan hak
dan kewajiban sebagai seorang yang bergelar rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab. Boleh?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.