Halaman

Rabu, 3 April 2013

Taib Azamuddin digugurkan calon PAS

KL TODAY

 
Penyandang kerusi Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib (gambar) digugurkan daripada senarai calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Tempat Taib akan diganti oleh muka baru, iaitu Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.Najmi yang juga adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad turut diumumkan menyertai PAS pada Selasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan demikian turut menamakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Temerloh.

Sementara itu bagi kerusi Parlimen Titiwangsa pula, PAS mempertaruhkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Zamri Asa’ad Khuzaimi sebagai calon.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menarik balik keputusan untuk bertanding dengan Ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow. 

Lim berkata beliau sudah maklum “permainan politik” yang dimainkan oleh Teng dan tidak akan melayan syarat-syarat yang ditentukannya.

“Saya telah diperangkap oleh beliau (Teng) selepas menerima syarat tidak masuk akal beliau untuk tidak bertanding kerusi Parlimen dan hanya bertanding untuk kerusi DUN,” kata Lim, dalam sidang akhbar di Komtar di sini, Selasa.

Pada Isnin, Teng mengekalkan keputusan bertanding menentang Lim dalam pilihan raya umum akan datang dengan berkata beliau (Teng) akan memutuskan kerusi mana untuk bertanding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.