VIDEO 2 | 2.34 min
GALERI FOTO
Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.
Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.
Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang -
yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.
Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.
LAPORAN LANGSUNG
11.45pm: Selepas tujuh jam, perhimpunan Suara Rakyat 505 berakhir dengan hadirin menyanyikan lagu Negaraku.
Sebelum itu, pengacara Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau memerlukan 500,000 sukarelawan untuk berarak ke SPR, membayangkan terdapat perhimpunan yang jauh lebih besar sedang dirancang.
Sewaktu menutup majlis beliau menyeru orang ramai mendaftar diri sebagai relawan Suara Rakyat 505 di laman Facebook gerakan itu dan mendesak seluruh pimpinan tertinggi SPR meletak jawatan.
"Rakyat akan bergerak ke pejabat SPR sehingga SPR dibubarkan," katanya.
11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata beberapa perancangan Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan.
Menurutnya, White House mengucap tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syarat pilihan raya mestilah bebas dan adil.
"Sebab itu SPR mesti letak jawatan sekarang! Sekarang! Sekarang!" katanya.
Beliau berkata Isnin adalah hari terakhir bagi orang ramai membuat laporan polis mengenai penipuan pilihan raya dan menggesa mereka berbuat demikian, terutamanya mengenai "dakwat kekal" yang boleh ditanggal.
"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan ribu laporan dibuat," katanya.
Beliau berkata, masih ada beberapa lagi perhimpunan Blackout 505 yang akan diadakan.
"Adakah kita teruskan atau berhenti di sini?" beliau bertanya orang ramai menjawab, "Teruskan!".
Beliau kemudian berjanji bahawa sebaramg gerakan rakyat akan dilakukan secara aman.
11.05pm: Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan pemetik api untuk menerangi tempat tersebut.
Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.
Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip.
Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.
10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya.
"Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang.
"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.
"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.
"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya.
10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN.
Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah menipu dalam pilihan raya umum.
"Kami mahu anda membawa video ini ke kawasan luar bandar, bagi menunjukkan bagaimana mereka telah ditipu oleh BN," kata Haris.
"Jangan berfikir tangkapan itu akan menakutkan rakyat. Kami tidak akan gentar," katanya.
10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar telah mendorongnya untuk berucap.
Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.
Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.
Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana telah melanggar janji mereka.
"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas mereka untuk menyiasat?" tanya Rafizi.
"Mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita minta semua istiqamah,. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi," katanya.
Rafizi membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0.
9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.
9.20pm - MP Kuantan, Fuziah Salleh sedang bercakap sekarang dan katanya, gaji Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff tidak akan menjadi "halal" jika SPR terus mengabaikan pendapat orang ramai.
Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya.
"Aku berpaut di dahan cinta, Masih mengharap kehadirannya,
Aku berpaut didahan cinta, Masih mengharap kehadirannya," disambut tepukan hadirin.
9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.
Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".
"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.
9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.
7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur.
7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan tersebut.
"Malam ini kita akan bersama 'kereta perisai' Reformasi, Tian Chua dan belum sempat kita telefon untuk jemput dia, dia dah kata nak datang - pejuang rakyat Haris Ibrahim!" umum Chegubard.
1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.
Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan