KL TODAY
Seorang
lelaki dalam tahanan polis ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Pulau Pinang, di sini Ahad.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah negeri, ACP Nasir Mohd Salleh berkata, R. Jamesh Ramesh, 40,
ditemui mati oleh anggota polis pada sebelah pagi.
”Pada pukul 10.30 pagi tadi anggota polis memanggil suspek untuk dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman. Pada masa itu didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.
”Pada pukul 10.30 pagi tadi anggota polis memanggil suspek untuk dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman. Pada masa itu didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.
“Polis
memanggil pihak ambulans Hospital Pulau Pinang dan pegawai perubatan
telah mengesahkan kematian suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau
berkata, suspek yang dipercayai penagih dadah tegar itu ditahan polis
dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Sabtu
di hadapan Balai Raya, Jalan Patani di sini selepas ujian air kencing
mendapatinya positif dadah jenis morfin.
Nasir
berkata, lelaki penganggur itu pernah ditahan atas kesalahan dadah dan
mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan samun.
Kes itu
diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki terbabit
dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan