Editor BULETIN
Menurutnya, di bawah Pakatan Rakyat anak-anak Melayu, Cina dan India akan menjadi lebih perkasa berbanding sekarang.
“Jika Umno tidak ada dalam Malaysia, Melayu akan jadi lebih kuat. Jika Umno tidak ada dalam dunia, kita (rakyat) akan jadi lebih bersatupadu. Jika Umno tidak ada dalam negara kita, kita akan jadi lebih sejahtera dan makmur.
“Jika Umno tidak ada dalam negara kita, anak-anak Melayu, anak-anak Cina dan anak-anak orang India akan lagi lebih perkasa berbanding di bawah Umno dan Barisan Nasional hari ini,” ujarnya ketika berucap pada Himpunan Blackout 505 Kuala Terengganu pada 23 Mei lalu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menyifatkan penolakan rakyat terhadap Umno dan Najib bukan hanya di kalangan orang Cina atau kaum tionghua sahaja.
Malah, katanya penolakan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu melibatkan semua kaum Melayu, Cina dan India.
“Yang menolak Umno (BN) dan Najib (Perdana Menteri) bukan hanya kaum Cina. Saya orang Melayu, Terengganu majoriti orang Melayu, Kita orang Melayu juga menolak Umno dan Barisan Nasional.
“Kita (rakyat) menentang mereka kerana mereka merompak kekayaan negara. Kita menentang mereka kerana mereka mengamalkan korupsi, mereka mengamalkan kronisma, mereka memecahbelah kaum dalam negara kita.
“Mereka (pemimpin Umno-BN) membelakangkan keadilan dan undang-undang dalam negara kita (Malaysia) termasuk dalam pilihan raya (PRU13) baru-baru ini,” tegasnya.
Menurut Dato’ Husam, dalam keadaan terdesak hari ini pemimpin Umno dan media BN cuba memainkan isu perkauman, sebaliknya, kata beliau, di bawah ‘payung’ Pakatan Rakyat telah membawa mesej perpaduan untuk semua kaum dalam Negara ini.
“Surat khabar Umno memainkan isu perkauman. Malam ini, Utusan Malaysia boleh tengok, Dato’ Seri Najib boleh tengok, Dato’ Seri Zahid boleh tengok, Polis boleh tengok dan dunia boleh tengok perhimpunan Pakatan Rakyat.
“Majoriti kita (rakyat) berhimpun secara aman, pelbagai bangsa ada, pelbagai kaum ada dan ini menunjukkan bahawa di bawah ‘payung’ Pakatan Rakyat, kita membawa mesej perpaduan semua kaum dalam negara kita (Malaysia) dan kita menolak isu perkauman yang dibawa oleh Umno-BN kepada kita,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.