Editor BULETIN
Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPM, Mohd Sany Hamzan menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan terhadap sistem demokrasi berpelembagaan yang diamalkan di dalam negera ini.
"Jabatan Pilihanraya DPPM merasakan memang selayaknya Noh Omar tidak mendapat jawatan menteri di dalam kabinet baru Malaysia kerana beliau telah menunjukkan ‘belang’ kejahilan dan sifat angkuh beliau yang sebenarnya. Bagaimanakah seorang yang pernah berjawatan menteri penuh boleh mempunyai pemikiran tahap ‘longkang’.
"Jabatan Pilihanraya DPPM mempertikaikan sikap pihak kerajaan dan pemimpin-pemimpin mereka yang sentiasa menyalahkan tindakan yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) tanpa memberikan peluang untuk memperjelaskannya secara adil. Pihak kerajaan secara jelas ingin menutup kelemahan yang berlaku di dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lalu dengan tindakan mengancam dan menangkap pemimpin PR serta pemimpin-pemimpin NGO yang pro kepada PRU yang adil,"ujar Mohd Sany
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan terebut pada Khamis, 23 Mei.
Menurutnya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan tindakan-tindakan kerajaan tersebut tidak akan melunturkan semangat dan amarah rakyat yang telah bangkit menolak keputusan PRU 13 lalu kerana diyakini ada unsur-unsur yang meragukan dan penipuan terancang yang berlaku.
Oleh itu, tegasnya,Jabatan Pilihanraya DPPM menasihatkan kepada para menteri dan mantan menteri serta pemimpin Umno/BN supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka di dalam memahami undang-undang Negara.
Katanya, pemimpin-pemimpin Umno/BN juga perlu sedar yang mereka sudah semakin tidak popular kerana rakyat Malaysia sudah menolak mereka di dalam pilihanraya umum yang lalu dan mereka tidak boleh berlagak lagi seperti dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.