Arjunaidi Mohamed
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih tidak dimaklumkan perkara itu daripada pihak penganjur.
“Saya tidak menerima sebarang permohonan. Jika diteruskan, ia akan diklasifikasikan sebagai perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, pihak polis akan bersedia berkawal di kawasan itu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia menggugat ketenteraman awam.
Sebelum ini, gabungan NGO Suara Rakyat 505 akan menganjurkan pesta rakyat mengembalikan demokrasi secara besar-besaran di Petaling Jaya.
Jurucakap pertubuhan, Badrul Hisham berkata, perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall akan menunjukkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Katanya, perhimpunan tersebut tiada kena mengena dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala “Arab Spring” atau “Malaysian Spring” seperti yang didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan