MALAYSIA KINI
Seorang
pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Ridhuan Tee Abdullah
menyokong syarat yang ditetapkan kerajaan untuk mengolah sijil
peperiksaan bersepadu (UEC) terlebih dahulu agar selari dengan dasar
pendidikan negara sebelum mengiktiraf kelulusan tersebut.“Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada yang tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju,” katanya dalam tulisan di akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
UEC merupakan peperiksaan di sekolah persendirian Cina yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Beliau berkata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dengan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) menyarankan bahawa pelajar berkenaan perlu lulus sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia, selain kelulusan UEC untuk layak memasuki universiti awam.
“Tawaran sebegini pun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?
“Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernakular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini?,” soalnya lagi.
Beliau seterusnya menggesa perdana menteri memberi geran kepada golongan sepertinya untuk menjalankan kajian sebelum memberi kelulusan kepada “sekolah atau universiti perkauman ini”.
Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu menawarkan janji untuk menaiktaraf Kolej Han Chiang di Pulau Pinang kepada status kolej universiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan