Sekumpulan
aktivis menuntut kerajaan negeri membatalkan projek pembangunan Datuk
Jelatek di Taman Keramat, Kuala Lumpur, yang didakwa akan mengubah
demografi dan geopolitik kawasan berkenaan.
Kumpulan aktivis yang ingin dikenali dengan nama Barisan Bertindak Datuk Jelatek itu juga bimbang jika projek berkenaan mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Harga unit perumahan itu pula didakwa terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh orang Melayu, dakwa kumpulan berkenaan, yang berhimpun di hadapan bangunan SUK Shah Alam pagi ini bagi menyatakan bantahan.
Badan
itu juga meminta agar projek tersebut digantikan dengan pembangunan
yang mampu milik bagi masyarakat Taman Keramat khususnya orang Melayu
serta memohon agar sekurang-kurangnya disediakan tiga bilik bagi setiap
satu unit kondominium Datum Jelatek.
Wakilnya, Salleh Samad bersama lebih 10 orang wakil penduduk terbabit berhimpun selama kira-kira 20 minit sebelum menyerahkan memorandum kepada seorang stiausaha sulit kepada menteri besar Mohamad Yasid Bidin.
Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan"Hidup Rakyat" dan "Tipu Azmin, mana Azmin" dalam perhimpunan tersebut.
"Selepas ini kita akan bawa memorandum kedua kepada Tuanku dan minta perkara ini dibincangkan di Parlimen. Badan Bertindak Datum Jelatek akan memepertahankan kawasan Melayu dibandar," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada
Projek Datum Jelatek di atas tapak 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek itu melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah dengan harga seunit hampir sejuta ringgit, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.
Pembangunan Datum Jelatek dengan nilai pembangunan kasar RM1.2 bilion itu dirancang sejak 2010.
Kumpulan aktivis yang ingin dikenali dengan nama Barisan Bertindak Datuk Jelatek itu juga bimbang jika projek berkenaan mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Harga unit perumahan itu pula didakwa terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh orang Melayu, dakwa kumpulan berkenaan, yang berhimpun di hadapan bangunan SUK Shah Alam pagi ini bagi menyatakan bantahan.
Wakilnya, Salleh Samad bersama lebih 10 orang wakil penduduk terbabit berhimpun selama kira-kira 20 minit sebelum menyerahkan memorandum kepada seorang stiausaha sulit kepada menteri besar Mohamad Yasid Bidin.
Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan"Hidup Rakyat" dan "Tipu Azmin, mana Azmin" dalam perhimpunan tersebut.
"Selepas ini kita akan bawa memorandum kedua kepada Tuanku dan minta perkara ini dibincangkan di Parlimen. Badan Bertindak Datum Jelatek akan memepertahankan kawasan Melayu dibandar," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada
Projek Datum Jelatek di atas tapak 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek itu melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah dengan harga seunit hampir sejuta ringgit, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.
Pembangunan Datum Jelatek dengan nilai pembangunan kasar RM1.2 bilion itu dirancang sejak 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.