Halaman

Selasa, 2 Julai 2013

Keluarga Taib Mahmud miliki tanah bernilai RM1 bilion?

Masdar Wahid

Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mempersoalkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memiliki tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion.

“Bagaimana keluarga Taib memperoleh tanah 94,700 ekar bernilai RM1 bilion, sedangkan bayaran premium kepada kerajaan negeri kurang RM200 juta?, soal Chong.

Taib_Mahmud

Melalui perolehan di Jabatan Tanah Sarawak, terdapat tujuh syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai anak, menantu, adik-beradik dan kroni Taib Mahmud.

Syarikat itu ialah Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn.

Pemegang saham bagi syarikat Monarda misalnya menunukkan saudara Taib iaitu Mahmud Abu Bekir Taib memiliki pegangan saham 52 peratus, Jamilah Taib (12 peratus), Hanifah Hajar Taib (12 peratus) dan menantu Taib iaitu Anisa Hamidah Abdullah (12 peratus).

Justeru, beliau mendesak satu suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mengenalpasti tanah negeri yang dijual atau diberi kepada syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai keluarga Taib Mahmud.

“Hasil laporan suruhanjaya itu harus dibentang ke Parlimen,” tegas ahli parlimen Kuching tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.