Datuk Seri Hishammuddin
"Ini bermakna pemandu yang menerima saman AES masih perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan kepada mereka," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.
Hishammuddin berkata saman itu perlu dibayar kerana notis yang dikeluarkan kepada pesalah adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Beliau berkata antara 14 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor yang terdapat penguatkuasaan AES setakat ini ialah Kilometer 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah utara), Kilometer 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), Kilometer 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), Kilometer 26 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah ke Selatan) dan Kilometer 204.6 Lebuhraya Klang Lama (persimpangan Jalan Sepadu) serta Jalan Lebuh Sentosa di Putrajaya (Kajang menuju PICC). - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.