Kolumnis Awang Selamat dalam artikelnya di akhbar milik Umno, Utusan
Malaysia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap
pelaku yang menghina Islam dan bukan sekadar memberi amaran seperti yang
selalu berlaku.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) dan juga Jabatan Peguam Negara tegas Awang perlu
mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap salah laku sedemikian.
"Agama Islam sudah lama termaktub dalam Perlembagaan. Jadi Awang harap
pihak yang diamanahkan supaya mempertahankan dan terus memelihara Islam.
"Kuasa yang ada wajar digunakan dengan bijak, kuasa tidak bererti hanya
dengan memberi amaran sahaja.
Sebab terbukti amaran demi amaran
menyebabkan musuh Islam semakin menajamkan kukunya," kata Awang dalam
ruangan itu.
Malah, beliau turut menyuarakan harapan selepas tindakan hukuman
dikenakan terhadap pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee,
termasuk individu menyambut Aidilfitri bersama Anjing, Maznah Mohd
Yusof, iada lagi kes penghinaan terhadap Islam akan berlaku.
Alvin dan Vivian dikenakan tindakan undang-undang, manakala Maznah atau Chets dibebaskan dengan jaminan polis.
Maznah mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya
tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga ekor anjing dimuat
naik ke dalam YouTube pada Isnin.
Video itu menunjukkan Maznah membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar
berhampiran pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Maznah memakai
baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya seolah-olah mengambil wuduk
sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri
bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan
menunjukkan gambar tiga ekor anjing)."
Awang turut menggesa agar segala bentuk produk yang menghina Islam
melalui penulisan, kartun, dan video klip perlu dihentikan serta-merta
demi keharmonian beragama di negara ini.
Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf
Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk
bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.
"Sesiapa yang mengulangi perkara serupa harus diingatkan mereka perlu
membayar harga yang tinggi atas perbuatannya dan bersedia
menghadapinya," Awang memberi amaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan