Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) menahan dua individu, termasuk
seorang doktor wanita, di Kamunting, Taiping, Perak kerana dipercayai
terbabit dengan fahaman serta ajaran Syiah.
Pengarah JAIPK, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata mereka yang ditahan
ialah Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51.
Dr Nur Azah ditahan di Medan Kamunting, Taiping manakala Mohammad
Ridzuan ditahan di sebuah premis di Kampung Klian Pauh Baru, Jalan
Kamunting Lama, Taiping dalam serbuan yang bermula jam 11.25 pagi
semalam.
"Dalam serbuan itu, JAIPK merampas buku, cakera padat (CD) dan poster," katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 16, Enakmen Jenayah
Perak 1992 iaitu mengingkari fatwa mufti kerana memiliki buku dan
dokumen berkaitan Syiah. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.