Timbalan
Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman
mengecam laporan berita online mengenai menantu lelakinya yang bekerja
di bawah kementeriannya.Dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab
terhadap portal berkenaan, Tajuddin berkata:”Siapa mereka? Saya tidak
perlu melaporkan kepada mereka. Apa yang mereka tahu mengenai
pengorbanan yang telah saya lakukan kepada rakyat dan parti sejak 40
tahun lalu? Adakah mereka tahu saya salah seorang yang pernah ditahan
di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Ops Lalang pada
1987?.”
Tajuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz, bekerja dengan kementeriannya.
Tajuddin
mendakwa laporan portal berkenaan tidak mempunyai kredibiliti untuk
menyoalnya, kerana mereka lebih berminat untuk agenda yang bermotifkan
politik berbanding isu yang berkaitan dengan rakyat.
“Saya tahu
mereka menantikan penafian secara terus atau pengakuan bersalah. Saya
tidak akan memberi muka kepada mereka kerana saya tidak mahu terlibat
sama dalam permainan politik murahan seperti ini,” katanya.
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga menjadi bahan
berita apabila didakwa menggaji anak perempuannya, Nur Shahfiza, namun
beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri dalam isu berkenaan.
“Maaf….tiada kenyataan,” katanya.
Kes
melibatkan tokoh politik mengambil ahli keluarga untuk bekerja dengan
mereka menjadi perhatian apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,
Datuk Seri Mohd Nazri Aziz didakwa mengambil anak lelakinya Muhammad
Nedim bekerja dengan beliau.
Nazri
telah menjelaskan bahawa anak lelakinya tidak bekerja dengan gaji yang
dibayar oleh kerajaan sebaliknya dia bekerja dengan beliau sebagai
pembantunya bagi kawasan Parlimen Padang Rengas.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata ahli keluarga
boleh menawarkan perkhidmatan mereka sebagai sukarelawan, namun mereka
tidak boleh menerima gaji atau dibayar elaun menggunakan Oleh kerajaan.
Ketua
Menteri Pulau Pinangm Lim Guan Eng turut meminta penjelasan daripada
dua ahli majlisnya kerana mengambil ahli keluarga bekerja di pejabat
mereka.
Datuk
Abdul Malik Abul Kassim mengaku adik perempuannya telah bekerja di
pejabatnya sejak 2008. Bagaimanapun, beliau mendakwa adiknya telah
meletakkan jawatannya awal bulan ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti, Chong
Eng turut dikecam kerana mengambil anak lelakinya bekerja dengan
beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.