Halaman

Sabtu, 24 Ogos 2013

Kempen satu juta tandatangan tolak Lynas di Dataran

 


 
Usaha Himpunan Hijau untuk mengumpulkan satu juta tandatangan di seluruh negara bagi membantah loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang bertumpu di Dataran Merdeka bermula jam 6.30 pagi hari ini.

Pada jam 11 pagi, mereka memperolehi 30,000 tandatangan di dataran tersebut serta yang diperolehi wakil Himpunan Hijau negeri.

hinpunan hijau signiture campaign 240813 signing 05Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka ditutup kerana kerja-kerja
persediaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tetapi ada yang kelihatan berjalan ke arah Himpunan Hijau untuk menandatangani petisyen tersebut.

Wakil-wakil NGO seperti Presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dan Presiden Muafakat, Ishak Surin hadir memberi sokongan. Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga juga dijangka hadir.

ADUN DAP Tras, Choong Siew Onn dari Pahang juga muncul, dan ramai lagi wakil rakyat DAP merancang datang sekitar jam 2 petang.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata, beliau tidak akan meninggalkan dataran itu sehingga tercapai sasaran 1 juta tandatangan.

"Saya akan bermalam di sini dan saya tidak pulang ke rumah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.