KEADILAN DAILY
KUALA LUMPURs: KEADILAN menganjurkan tweetup #PTPTN untuk mengkaji masalah hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dihadapi golongan muda di negara ini.Program #tweetupPTPTN diadakan pada hari Khamis, 29 Ogos di Perpustakaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula jam 8.30 malam.
“Semua peminjam/aktivis anti-PTPTN dan pimpinan masyarakat dijemput serta dalam tweetup tersebut yang turut bertujuan menyusun gerakan anti-PTPTN dalam sebuah pertubuhan rasmi yang lebih tersusun,” kenyataan KEADILAN dipetik.
Kenyataan bersama dikeluarkan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini.
Dalam pada tu, KEADILAN komited merintis jalan ke arah memahami masalah keberhutangan peminjam PTPTN dengan melancarkan kajiselidik keberhutangan peminjam PTPTN.
“Kajiselidik boleh disertai oleh semua peminjam PTPTN dengan mengisi borang kajiselidik yang boleh dicapai di internet bermula esok, 23 Ogos 2013.,” jelas kenyataan tersebut.
Borang kaji selidik boleh diperolehi melalui pautan di blog ini.
“Sudah tiba masanya peminjam PTPTN membentuk pertubuhan lobi berpengaruh supaya mana-mana pihak berunding dengan mereka sebelum membuat cadangan bagi mengelak berulangnya peristiwa cadangan penyenaraian CCRIS,” jelas kenyataan itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.