Halaman

Jumaat, 23 Ogos 2013

Lagi slogan terbaru Najib ciplak Israel?

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri ‘Endless Possibilities’ dikatakan diciplak daripada slogan yang digunakan negara Israel.

Beberapa blog melaporkan ‘Endless Possibilities merupakan slogan yang digunapakai oleh Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosikan negara itu pada 22 April 2013.

endless possibilities Israel tourism

Kempen berkenaan dikatakan  bermula sejak awal tahun ini, namun pelancarannya dijangka dibuat pada 17 September depan. Portal Malaysian Insider difahamkan, semua menteri sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata, ‘Endless Possibilities’ bukan menggantikan slogan ’1Malaysia’ sebaliknya pelengkap kepada slogan tersebut. Oleh sebab itu slogan itu selepas ini akan berbunyi  ’1Malaysia, Endless Possibilities

Beberapa blog menimbulkan dakwaan firma perunding bagi mencipta logo dan tema tersebut dibayar sebanyak RM30 juta, namun dakwaan itu tidak dapat dipastikan.

Memetik laporan TMI, difahamkan Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru dengan slogan berkenaan.

Sumber berkata, kempen baru itu bermula ketika majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan  beberapa program Pelancongan Malaysia.

Kaitan slogan terbaru itu dengan slogan dari Israel turut diulas blogger Pro Umno seperti outsidethebox.blogspot.com dan Jebatmustdie.wordpress.com.

Kenyataan media
Kenyataan media dari kementerian Pelancongan Israel yang disiarkan oleh sebuah blog pro Pakatan Rakyat, darisungaiderhaka.blogspot.com

Sebelum ini, kerajaan Umno BN dikritik hebat apabila memperkenalkan slogan 1 Malaysia yang dikatakan ditiru daripada slogan One Israel.

Kerajaan juga dibidas kerana melantik syarikat perunding Israel, Apco World Wide untuk membantu memulihkan imejnya dengan bayaran RM77 juta setahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.